home Third Force CATATAN #9 TRAVELOG KEMBARA KE BOSNIA HERZEGOVINA

CATATAN #9 TRAVELOG KEMBARA KE BOSNIA HERZEGOVINA

Catatan #9 Travelog Kembara ke Bosnia Herzegovina

Mostar antara kawasan yang di serang teruk oleh Serbia di awal konflik Balkan tercetus. Sebaik mereka berundur pertengahan 1992, sebanyak 9 buah jambatan yang merentangi Sungai Neretva di musnahkan, hampir kesemua masjid di musnahkan ataupun di rosakkan.

DULU KAWAN, KINI LAWAN

Pengunduran Serbia dari Mostar rupanya di susuli dengan perjanjian sulit mereka dengan Croatia.

Mereka menyerang Mostar bermula Mei 1993 dengan hasrat menjadikan Mostar sebagai ibu negeri Herceg-Bosna.

Akibatnya Mostar terbahagi dua –  bahagian timur di kuasai oleh Muslim Bosnia manakala bahagian barat di kuasai oleh Katholik Croatia.

Puak Croatia berterusan menyerang kedudukan orang Islam Bosnia dan paling di ingati ialah tindakan mereka berterusan cuba memusnahkan mercu tanda iaitu Old Bridge Mostar yang sekian lama menjadi simbol perdamaian dan kerukunan pelbagai bangsa dan agama di Mostar.

Saat paling menyedihkan warga Mostar yang cintakan kedamaian ialah tanggal 9 November 1993 apabila bedilan kuat puak Croatia telah meruntuhkan keseluruhan struktur Old Bridge setelah sekian lama menahan asakan bertubi-tubi siang dan malam.

MOSTAR – CERIA DI BALIK EPISOD DUKA

Kami meneruskan perjalanan ke utara Jablanica yang memakan masa lebih kurang 1 jam setengah.

Namun jarak tersebut tidak di sedari lantaran pemandangan sepanjang jalan di penuhi pelbagai lanskap yang amat menyegarkan.

Jalanrayanya di bina menyusuri Sungai Neretva yang mengalir deras di latari gunung-ganang yang membiru.

Di sepanjang jalanraya banyak terdapat pusat penternakan ikan Trout dalam sangkar dan restoran yang menghidangkan hidangan panas berasaskan Trout panggang di panggil Pamstrka. Di sini satu hidangan 2 ekor ikan Trout, ‘French Fries’ dan roti enak di makan panas dengan kopi Bosnia dengan harga hanya KM 16 (RM 35).

Hari hampir menjelang senja ketika kami menghampiri bandar Mostar.

Bandar Mostar terbahagi dua. Ketika menghampiri Mostar kita dapat melihat satu binaan salib besar di atas bukit menandakan ianya di bawah penguasaan Katholik Croat. Di kiri dan kanan jalan banyak gerai-gerai menjual buah-buahan segar terutamanya limau serta madu. Madu di Bosnia di perakui antara yang sedap dan murah.

Seketika kemudian kami memasuki pula kawasan Islam yang dapat di kenalpasti menerusi kehadiran banyak masjid serta kemunculan wanita bertudung.

Kami melepasi bandar dan terus ke tempat parking kenderaan berhampiran The Old Bridge Mostar.

LUKA DI HATI TAK SIAPA TAHU

Suhu di ketika ketibaan kami di Mostar petang tadi sekitar 15 Celcius dengan cuaca redup menimbulkan suasana yang romantis.

Kami terus menuju ke arah mercu tanda Mostar iaitu The Old Bridge dengan berjalan kaki.

Suasana tenang tetapi meriah dengan kedai-kedai menjual cenderahati, cafe dan pusat pameran di kiri kanan jalan. Pelancong dari negara Arab/Teluk mendominasi kehadiran pelawat pada hari ketibaan kami. Deruan air makin jelas kedengaran tika kami menghampiri The Old Bridge.

THE OLD BRIDGE – LAMBANG KERUKUNAN BOSNIA HERZEGOVINA

Sewaktu tiba di The Old Bridge hari sudah menjelang senja. Cahaya rembang senja ternyata mencetuskan mood pelbagai dalam diri kami. Antara menghayati kekaguman keindahan alam semulajadi di warnai senibina unik Uthmaniyyah dengan imbauan kenangan sedih sewaktu perang dahulu.

Jambatan @ The Old Bridge di penuhi pelancong yang mengabadikan kenangan dari pelbagai sudut. Di bahagian bawah terdapat sisa runtuhan asal jambatan yang telah di apungkan sebagai kenangan untuk generasi seterusnya.

Kami menghayati panorama indah Mostar sehingga waktu Magrib dan terus ke masjid tinggalan Uthmaniyyah berhampiran untuk solat magrib berjemaah. Sewaktu perang hampir kesemua masjid di musnahkan dan telah di bina kembali hasil sumbangan kerajaan Turki dan komuniti Islam serantau.

Kami mengakhiri persinggahan indah di Mostar dengan hidangan istimewa Bosnia iaitu Pamstrka (Trout), Cevapi (Kebab) dan kopi Bosnia di iringi alunan muzik tradisional Bosnia. Satu lagi memori indah yang sukar di lupakan.

Kami bermalam di sebuah apartment milik Muslim Bosnia yang ramah, Sulaiman yang hanya 10 minit dari The Old Bridge.

Malam makin dingin dan Mostar kembali tenang.

Laku Noc Mostar… Selamat Malam Mostar

Catatan Helmi
2 April @ 9 malam
Mostar Gençlik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.