home Third Force MEMBERI SUMBANGAN KEPADA ABE MAT DI KANDIS

MEMBERI SUMBANGAN KEPADA ABE MAT DI KANDIS

06 April 2017-Hari ini sukarelawan THIRDFORCE berkesempatan menziarahi sebuah keluarga asnaf yang menetap di sebuah pondok kecil di kampung Kandis, Bachok.

Rumah Abe Mat yang dulu. kini Abe Mat tinggal dirumah sewa di kampung Kandis, Bachok

Keluarga tersebut ialah Mek Dah dan Abe Mat seorang asnaf yang menanggung 10 orang anak berasal dari seberang (Thailand) yang telah lama menetap di kampung ini lebih kurang 4 tahun yang lalu. Abe Mat yang hanya mampu dan   terpaksa berkerja sebagai sebagai tukang upah kait kelapa di sekitar kampung ini demi menampung keperluan mereka anak beranak. Pada tahun lepas Keluarga ini pernah kita sama-sama bantu dalam program bantuan Pek Syawal di dalam bulan Ramadhan.

Semasa kami tiba, kelihatan pondok kecil yang mereka tumpang dahulu sudah tidak berpenghuni. Bila kami tumpang tanya salah seorang penduduk di kampung tersebut rupa-rupanya Mek Dah dan anak beranak terpaksa berpindah dari situ memandangkan keadaan pondok tersebut yang begitu dhaif bila-bila masa sahaja akan runtuh. Mujurlah ada seorang hamba Allah yang berjawatan Ketua Kampung di kampung
tersebut yang perihatin terhadap nasib keluarga Mek Dah. Beliau sudi memberi sewa sebuah rumahnya yang berdekatan dengan hanya kadar sewa RM 100 ringgit sebulan.

Alhamdulillah hari ini tujuan THIRDFORCE menziarahi keluarga ini atas dasar keperihatinan dan ihsan kita sesama saudara islam walaupun berbeza kerakyatan. Kami memberi sedikit sumbangan berupa keperluan makanan dan barangan dapur bagi kegunaan mereka. Mungkin sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang di tanggung oleh Abe Mat. Dan sedikit buah tangan buat anak-anak Mek Dah. Kami begitu teruja sekali melihat kemanisan senyuman yang terukir di raut wajah anak-anak Mek Dah..Subhanallah..

Kita doakan Semoga keluarga Abe Mat dan Mek Dah ini sentiasa mendapat limpahan Rahmat daripada Allah SWT..

Dan juga kepada kita semuanyaaa..

aamiin

Laporan dari Adi
(Volunteers 3rd Force)

#JomJadiOrangBaikBaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *