home Third Force Catatan #11 TEKIJA BLAGAJ TEMPAT AHLI SUFI BERZIKIR

Catatan #11 TEKIJA BLAGAJ TEMPAT AHLI SUFI BERZIKIR

Catatan #10 Travelog Kembara ke Bosnia Herzegovina (Bahagian 2) : TEKIJA BLAGAJ TEMPAT AHLI SUFI BERZIKIR

Blagaj terletak dalam Federation of Bosnia Herzegovina di dalam wilayah Mostar.

Sewaktu perang berlangsung, Blagaj terselamat dari terkena bedilan ataupun di tawan oleh musuh.

Terdapat 2 cerita yang sempat kami dengar dari penduduk setempat di sini.

Cerita pertama ialah beberapa

kali pihak musuh cuba membedil Tekija Blagaj namun tidak pernah mengenainya. Ada yang mengatakan di sebabkan tiupan angin melencongkan peluru dan ada yang berpandangan tempat tersebut di muliakan Allah berkat doa para ahli sufi.

Cerita kedua pula ada sekumpulan orang Islam di buru oleh pihak musuh dan mereka berlindung di dalam Tekija Blagaj. Namun musuh tidak dapat mengesan kedudukan mereka walaupun sudah hampir dengan Tekija dan akhirnya mereka semua terselamat.

Cerita-cerita seperti ini tersebar membuatkan semakin ramai yang mengunjungi Tekija Blagaj selain dari keindahan alam semula jadinya.

BLAGAJ – INDAH DI POTRET CANTIK DI MATA

Ketika menghampiri simpang pertama memasuki Blagaj, pemandangan indah tebingan Sungai Buna sudah kelihatan.

Sebaik turun dari kenderaan, kami di hidangkan dengan pemandangan indah tebingan sungai yang di penuhi deretan cafe santai di kiri kanannya serta kedai menjual pelbagai barangan cenderahati.

Kami menghayati sejenak keindahan Sungai Buna dari atas jambatan yang mengalir di bawahnya air deras yang jernih kehijauan.

Kemudian kami mengorak langkah ke sebelah atas menuju ke Tekija Blagaj iaitu rumah ahli sufi.

Sebaik tiba di sana, muazin sedang bersiap untuk mengalunkan azan zohor di tepi koridor menghala ke arah sungai. Suara muazin yang merdu amat syahdu dan segera menyegarkan minda kami yang agak keletihan.

Kami solat bersama-sama dengan beberapa orang jemaah pelancong dari Turki.

Usai solat kami di bawa sekitar Tekija mendengar penerangan berkenaan sejarah Tekija yang merupakan tempat ahli sufi beribadat lama sebelum kerajaan Uthmaniyyah.

Sungai yang mengalir jernih dan bersih amat segar di minum para pengunjung sambil menikmati panorama yang mengasyikkan.

Jika berkunjung ke tempat setenang Blagaj tanpa menikmati keenakan kopi Bosnia rasanya tidak lengkap. Kami berehat seketika di cafe di tepi Sungai Buna melayan kopi panas buat seketika sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Panorama Blagaj memang menakjubkan dan ianya adalah destinasi wajib jika ke Bosnia Herzegovina.

Kami bergerak untuk ke destinasi seterusnya iaitu Jablanica untuk menikmati makan tengahari istimewa di sana.

Jika ke Mostar, kami di sarankan mencuba ikan Trout, manakala di Jablanica kami di cadangkan oleh Menk untuk mencuba kambing bakar untuk makan tengahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *