home Third Force SAMPAIKAN SUMBANGAN MOTORSIKAL

SAMPAIKAN SUMBANGAN MOTORSIKAL

01 April , Batu Balai – Hari ini sukarelawan kita mengunjungi Kak La (Sakila bt Seman)di Kg. Batu Balai, Kuala krai. Kunjungan tersebut bertujuan bertanya khabar keadaan Kak La sekeluarga dan membawa sumbangan motosikal daripada orang ramai untuknya.

Kak la merupakan salah seorang asnaf yang kita tempatkan di perumahan Thirdforce Batu Balai.

Kisah keperitan hidupnya mendapat perhatian thirdforce untuk sama-sama bantu apa yang termampu setelah di ceraikan suami. Kak La mangsa banjir besar 2014 di tempatkan di perumahan sementara Mercy di kg tualang sementara meunggu rumah kekal yang di jsnjikan kerajaan siap.

Namun rumah tersebut di serahkan kepada suami kak la yg akhirnya menceraikan kak la terkontang kanting di perumahan sementara mercy bersama anak-anak. Perumahan Mercy itu pula perlu di kosongkan hujung tahun lepas. Maka dengan itu thirdforce hadir membela nasib kak La dan anak2.

Kak La juga terpisah dengan adik kandungnya sejak dari lahir lagi. Dengan bantuan orang ramai dan media sosial, dia dan adiknya telah dipertemukan kembali. Detik manis ini pernah disiarkan pada akhbar Harian Metro tempoh hari.

Semangat luar biasa beliau yang sanggup berkoban demi membesarkan anak-anaknya menarik perhatian ramai untuk membantunya.

Beliau sangat memerlukan kenderaan untuk berulang alik mencari rezeki dan menghantar anaknya ke sekolah. Semoga dengan adanya motosikal ini dapat meringankan Kak La dan keluarganya.

Terima Kasih kepada Penyumbang Semua.
Terima kasih abangraja kerana initiate dan sentiasa peka dengan keperluan asnaf di bawah seliaan thirdforce.

Terima kasih keluarga besar thirdforce kerana terus menyokong usaha kemanusiaan ini.

#wearethethirdforce
#togetherwearestronger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *