home Third Force BANTU ASNAF DI PULAU BERHALA, SABAH

BANTU ASNAF DI PULAU BERHALA, SABAH

 

8/4/2017 (9.20 am – 3.30 pm)
Lokasi :Pulau Berhala, Sandakan, Sabah.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK LELUHUR NUSANTARA NEGERI SABAH (PERKALAS)

Alhamdulillah program pagi ini diteruskan dengan bergerak ke Pulau Berhala, Sandakan untuk menghantar sumbangan barangan dapur kepada beberapa fakir miskin dan mengedarkan maklumat dan poster tentang bahaya dadah (SPADA 6 UMS) kepada penduduk kampung….

Pulau berhala sangat indah dengan laut dan pantainya serta keramahan penduduknya…Namun Mereka hidup tanpa bekalan elektrik (bagi yang mampu membeli generator), tanpa sekolah di Pulau mereka (terpaksa ke tanah besar Sandakan menaiki bot lebih kurang 45 minit), tanpa bekalan air bersih yang cukup dan tanpa klinik di pulau ini….Penduduk pulau ini sangat tabah meneruskan kehidupan mereka.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang bersama-sama menjayakan program ini terutama kepada PERKALAS Sandakan dan KK, team Pelajar master SPADA 6 Universiti Malaysia Sabah (UMS), Cikgu Rahman (kaunselor SMK Galpam), cikgu sharul , team SMK Galpam dan cikgu Saliwangan beserta anak dididik Cure & Care Servis Center (CCSC) Sandakan…

Moga usaha ini akan berpanjangan agar lebih ramai warga Sandakan peduli tentang nasib warga fakir miskin di sekitar mereka…

Jom jadi orang baik-baik !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *