home Medical RED BUBBLES ADAKAN BENGKEL HOSPITAL CLOWNING

RED BUBBLES ADAKAN BENGKEL HOSPITAL CLOWNING

Red Bubbles adalah sebuah pertubuhan NGO yang menghantar pasukan ‘clown doctors’ terlatih bagi menghibur pesakit kanak-kanak yang menghidap penyakit serius dan kritikal di wad kanak-kanak pada setiap minggu.

Pada ketika ini, pasukan clown doctors Red Bubbles seramai tiga orang, DR Bubbles, DR Donno dan DR Lat bertugas di wad kanak-kanak Hospital Selayang dan wad kanak-kanak kanser PPUKM pada setiap minggu.

Mereka juga pergi menghibur kanak-kanak pesakit kanser di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada setiap bulan.

Secara puratanya, mereka menghibur hampir 400 pesakit kanak-kanak yang menghidap penyakit serius seperti kanser, sakit buah pinggang kronik, SLE pada setiap bulan.��

Berbeza daripada konsep ‘birthday party clowns’, clown doctors Red Bubbles menggunakan pendekatan teater fizikal dan improvisasi dengan sepenuhnya bagi menghibur pesakit kanak-kanak.

Mereka juga sedang berusaha bagi memperkembangkan usaha menghibur pesakit kanak-kanak di hospital-hospital di Pulau Pinang, Kelantan dan Sabah. Kebanyakan pesakit kanak-kanak yang menghidap penyakit serius dan kritikal di hospital-hospital ini datang daripada golongan yang kurang berkemampuan dari luar bandar.

�Justeru sejak tahun lepas lagi , mereka sudah mula melatih pasukan pelapis bagi menubuhkan program clown doctors di sana kelak.

Terkini, tim clown doctors Red Bubbles sedang berusaha bagi menganjurkan bengkel latihan intensif selama tiga hari pada 24-26 Mei 2017 ini, bagi membolehkan pasukan Red Bubbles dan tim perantis Red Bubbles mendalami kemahiran teater improvisasi khusus bagi menghibur pesakit kanak-kanak di hospital.

Bengkel itu akan dikendalikan oleh jurulatih Hilary Chaplain dari Amerika Syarikat yang berpengalaman luas dalam melatih pasukan ‘clown doctors’ di serata dunia.

Untuk itu, Red Bubbles sedang berusaha mengumpul dana sebanyak RM14000 bagi menganjurkan bengkel ini.

Dana tersebut diperlukan bagi membiayai yuran jurulatih, kos penginapan dan perjalanan beliau ke sini.

Oleh kerana itu, pasukan clown doctors Red Bubbles mengalu-alukan bantuan dan sumbangan daripada orang ramai bagi membantu menjayakan bengkel ini yang dapat membantu pasukan mereka meningkatkan kemahiran menghibur pesakit kanak-kanak di hospital dengan lebih baik lagi.

Sumbangan derma ikhlas boleh disalurkan kepada akaun bank Red Bubbles:

Maybank 5640 7000 2826
(Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah KL dan Selangor)

Mohon maklumkan sumbangan kepada drbubbles@redbubbles.org.my atau Whatsapp: 029-266 5157.

Thirdforce menyokong penuh usaha Red Bubbles menyebarkan kasih sayang melalui kerja2 profesional clowning. Dr buble, dr latfy dan dr donno adalah juga sebahagian dari keluarga besar thirdforce.

Jommmmm support usaha ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *