home Construction MENUNGGU MASA REBAH KE BUMI

MENUNGGU MASA REBAH KE BUMI

Selising-‘ menunggu masa rebah ke bumi’ Itulah gambaran yang kami sukarelawan bayangkan ketika menziarahi pondok usang tempat berteduh Abang Din (Hazarudin bin Ahmad,36) sekeluarga di Kampung Kedai Menanti petang semalam.

Abang Din tinggal bersama isteri (Siti Roalida bt Zakaria,36)  dan tiga anaknya. Anaknya yang sulung berumur 10 tahun masih tidak dapat membaca mempunyai masalah lambat belajar (slowlearner). Manakala anak keduanya berumur 7 tahun pula hiperaktif dan yang bongsu berumur 6 tahun belum bersekolah.

Pondok yang tidak mempunyai bilik itu pada asalnya rumah kedai usang pusaka orang tuanya dijadikan tempat tinggal mereka sekeluarga sejak belasan tahun lalu. Lama dahulu, dengan bantuan ketua Kampung, dapatlah ditambah sedikit bahagian dapur.

Hati kami hiba bila melangkah masuk ke dalam rumah melihat suasana yang sungguh daif.Dinding dan atap lompong di sana-sini memang tidak selamat untuk anak-anaknya.

Tandas yang tidak berbumbung dan tidak berpintu itu sudah tentu menyukarkan keperluan harian mereka.

Abang Din pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Kota Bharu namun kini hilang punca mata pencarian setelah diberhentikan atas sebab lebihan pekerja.

Kini Abang Din buat apa sahaja dia mampu yang boleh mendatangkan rezeki untuk keluaganya. Terkadang dia sendiri buntu untuk tempuh hari-hari mendatang.

Isterinya membantu sekadar yang termampu dengan mengambil upah mengupas bawang di kedai murtabak dengan upah sebanyak RM10 sehari. Apabila keadaan terlalu mendesak dia meminjam duit dengan jiran berdekatan.

Mereka mendapat bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan namun ianya tidak mencukupi.

Abang Raja ketika dihubungi bersetuju untuk membina rumah untuk mereka sekeluarga. Abang Raja namakan projek ini VILLA SYURGA 3 BERADIK.

Jom kita ambil saham akhirat disini dengan bantu apa yang termampu. Yang nak bantu bagi bahan binaan pun boleh. Batu, pasir, simen, zink, bata, keperluan dapur, alatan, kelengkapan sekolah dan apa sahaja yang dirasakan perlu.

Hubungi Sukarelawan Ali 0172428767 (Whatsapp) yang lead kes ini untuk sama-sama membantu.

#wearethethirdforce
#togetherwearestronger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *