home Medical REMAJA 16 TAHUN MENGIDAP KANSER TULANG

REMAJA 16 TAHUN MENGIDAP KANSER TULANG

Jumaat 7 April 2017 : Rantau Panjang

Petang Jumaat, Keluarga 3rd Force Rantau Panjang berkesempatan melawat soarang insan yang diuji oleh Allah dengan satu penyakit kronik. Allah sedang menguji ketabahan hati seorang remaja yang berusia 16 tahun.

Adik Abdul Afza Azizi bin Abdul Wahab, 16, mengidap kanser tulang. Penyakit ini dapat dikesan pada awal tahun 2017. Walaubagaimanpun, adik ini tabah mengharungi hari hari beliau. Kerinduan pada alam persekolah tidak dapat  dipadam begitu sahaja.

Di rumah sewa yang disewa RM250 sebulan,beralamat Lot 7 Jalan Haji Abu Bakar Lorong Kuarters Imigresen 17200 Rantau Panjang Kelantan di sinilah mereka 5 beranak tinggal menjalani hari hari yang mendatang.

Ibu kepada adik Afza, Siti Halimah bt Mohamad, 36 merupakan seorang ibu tunggal yang gigih membesarkan anak-anak yang berusia 2 hingga 14 tahun. Puan Siti bekerja di Pekan Rantau Panjang dengan pendapatan Rm500 sebulan dan kadang kala tidak menentu mengikut bilangan hari beliau keluar berkerja.

Kini, beliau seringkali tidak dapat keluar berkerja kerana komitmen yang perlu diberikan kepada adik Afza dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan. Afza tidak dapat berjalan dan tidak boleh melakukan apa apa kerja lagi. Semua bergantung kepada ihsan orang lain untuk bergerak dsbg.

Pada awal tahun ini, Afza mengalami lenguh lenguh di kaki dan beliau tidak endah kerana menganggap itu hanya lenguh biasa. Lama kelamaan, sebelah lutunya bengkak di sebelah kiri. Bermula disini, beliau mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, X-ray dan makan ubat.

Rawatan susulan bersama pakar tulang mengesahkan ianya kanser tulang. Selepas doktor mengkaji selidik, sekali lagi doktor mengkhabarkan berita mengejutkan. Tumor yang dihadapi ini tergolong dalam tumor yang ganas.

Dengan pendapat Puan Siti, segalanya menjadi sangat terbatas. Untuk berlang alik ke hospital beliau perlu menunggu bantuan dari jiran dan saudara mara. Afza sudah pun menjalani kimoterapi tetapi baru sekali. Berat Afza susut mendadak selepas menghidap kanser tulang.

Ayuhlah sama sama kita menghulurkan tangan meringankan beban mereka sekeluarga.

Semoga jasa baik tuan puan dirahmati Allah. Hubungi saya Kak Yong untuk sama-sama bantu kes ini dan membeli saham akhirat masing-masing.

Kak Yong
Ketua Sektor Kebajikan dan Anak Prihatin
The 3rd Force
017-923 9831

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *