home Third Force USAHAWAN MUDA SENTIASA MEMBANTU THIRDFORCE

USAHAWAN MUDA SENTIASA MEMBANTU THIRDFORCE

Salam semua …

Pagi ini saya ingin kongsikan kisah kejayaan salah seorang pengikut dan pendokong tegar kerja-kerja kemanusiaan Thirdforce yang akhirnya membawa beliau kepada pengembangan perniagaan yang luar biasa pada usia muda.

Bermula dengan kedai printing kecik di simpang 4 kg dalam
kemunting pasir puteh lama dulu kini Safuan memiliki sebuah pusat percetakan besar yang lengkap dengan pelbagai mesin dan kepelbagaian bidang perniagaan berkaitan termasuk Steel Iron dan juga percetakan khat.

Saya masih ingat sewaktu bah kuning 2014, Safuan yang pada masa itu tanpa banyak berkira membantu thirdforce supply makanan kepada mangsa banjir yang kebuluran, supply whiteboard untuk kegunaan sukarelawan di bilik gerakan, set solat dan sebagainya.

Safuan yang lama menunggu cahaya mata akhirnya dikhabarkan Isterinya mengandung setelah banjir surut dan cahaya mata kedua menyusul tahun lepas menjadikan pasangan suami isteri muda ini begitu teruja untuk terus istiqamah menjadi sebahagian dari keluarga besar thirdforce.

Apatah lagi bilamana perniagaan semakin berkembang dengan pelbagai peristiwa atau rezeki luar jangka yang Allah datangkan untuk menguatkan lagi keyakinan anak muda pada usia awal 30an ini bahawa bersedekah adalah kunci kejayaan dalam perniagaan.

Semalam abangraja berkesempatan mengunjungi Safuan di DSC Printing di bangunan mereka sendiri di Simpang Empat Kampung Dalam Kemunting Pasir Puteh menghala ke Semerak. Kilang yang serba lengkap untuk pelbagai perkhidmatan printing dan advertizing ini menawarkan wide range of printing services merangkumi signboard pejabat kecik dan besar, T-Shirt, Flyers dsbg.

Jauh di sudut hati saya sesungguhnya saya amat mengagumi adinda saya Safuan dan semua crewnya di DSC Printing. Semuanya anak2 muda umur 20an …

No drugs! No Ciggarette !
Berjuang untuk keluarga.
Berjuang untuk ummah!
Berniaga untuk sunnah!
Membantu untuk barakah!

THEY ARE THE THIRDFORCE FAMILY!
semuanya muda2 … semuanya THIRDFORCE!

Saya telah alaminya .. Safuan juga alaminya .. ramai yang telah alaminya … Jommm jadi orang baik-baik. Kerana orang baik-baik Allah sayang.

Hubungi DSC Printing Pasir Puteh Kelantan untuk perkhidmatan printing dan advertizing, renovation pejabat, decoration dan kerja2 stainless steel.

https://www.facebook.com/dscpasirputeh
H/P : 019-908 4600

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *