home Medical SHARUL DIKEJARKAN KE HOSPITAL

SHARUL DIKEJARKAN KE HOSPITAL

 

KOTA BHARU- 12 April, seorang pesakit kanser hati yang pernah THIRDFORCE lawati telah dikejarkan ke Hospital Universiti  Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebentar tadi. mangsa Shahrul bin Muhammad dilaporkan muntah-muntah darah dan tidak sedarkan diri. menurut Pengasas The 3rd Force Raja Shamri Raja Husin, beliau telah menerima panggilan daripada waris mangsa jam 10 malam dan bergegas ke rumah mangsa. pagi ini sukarelawan telah membawa mangsa ke Unit Kecemasan HUSM.

Shahrul disahkan mengidap kanser hati tahap empat sebulan yang lepas, pada mulanya mangsa mendapatkan rawatan awal di klinik kerana sakit perut dan Dr mengesahkan beliau hanya mengalami Ganstrik. seminggu selepas itu, mangsa dikejarkan ke Hospital dan Dr mengesahkan Shahrul mengidap kanser Hati tahap empat.

menurut Abangraja, Keluarga besar THIRDFORCE telah berkampung di HUSM untuk sama-sama mengetahui perkembangan terkini Shahrul.

“Sudah lebih 24 jam dr cuba stabilkan darah Sarul utk tebuk perut keluarkan air … Darah masih cair dan BP tak stabil. Kegagalan hati berfungsi menyebabkan darah cair dan perut jadi buncit menyukarkan Sarul bernafas even pada dos oksigen yang tinggi.

Pagi ni doktor dah masukkan darah kuning untuk mulakan prosedur membuang air dlm perut. Risiko pendarahan sangat tinggi dan saya menyeru semua keluarga besar thirdforce jom sama2 kita doakan agar segala-galanya di permudahkan Allah …

Terima kasih sangat kepada sukarelawan thirdforce Auntie Nik yang sentiasa di sisi membantu berikan semangat kepada Haida isteri Sarul. Malam tadi pun auntie nik datang utk bagi support pada haida dan anak-anak… Juga kepada ayah ngah dan team tf pasir pekan yg datang semalam.

Malam tadi adik2 sukarelawan thirdforce safuan, ramadan, Ali, afifudin bergilir2-gilir berjaga …
Ada yg pergi cari toto dan tikar utk mak Sarul, uruskan makan anak-anak sarul dsbg. Thirdforce sediakan bajet hotel utk anak2 Sarul dan Haida berehat.

Pagi ni sahabat thirdforce Pn Sharifah Aini datang bawa anak2 Sarul utk bawak pergi sarapan. Semua masing-masing nak rebutkan saham akhirat nak jadi orang baik-baik.

Indahnya jika kita semua rakyat Malaysia ramai yang macam ni … Negara kita akan jadi hebat sebab masing-masing ambil berat dan prihatin satu sama lain.

Inilah perjuangan saya bersama thidforce
Perjuangan kita bersama…

Ke arah sebuah negara yang tinggi toleransi dan kasih sayang sesama bangsa. Tidak mencarut, keji mengeji tetapi tinggi nilai akhlak dan budi.

Jommm jadi orang baik2
Doakan tau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.