home Medical INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN. SHAHRUL SUDAH TIADA

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN. SHAHRUL SUDAH TIADA

Kota Bharu- seorang asnaf yang mengidap kanser Hati telah kembali ke rahmatullah jam6.55 petang tadi. Sahrul bin Muhammad menghembuskan nafasnya di wad 8 Selatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kering disisi isteri dan anak-anaknya.

9.45 malam : innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Tidurlah sahabat … Tidurlah dalam tidur yang panjang.

Sahrul menghembuskan nafasnya   yang terakhir disisi isteri dan anak2 serta saudara mara dan sahabat terdekat tepat jam 6.55 petang tadi di wad 8 Selatan HUSM.

Jenazah sekarang dlm van jenazah thirdforfce di pandu sukarelawan thirdforce Julah telah siap di mandikan dan dikafankan menuju ke kampung wakaf bunut utk di kebumikan malam ni jugak.

Solat jenazah malam ini jugak di rumah keluarga Sahrul pukul 11 mlm nanti.

Bagi diri saya secara peribadi terasa sangat hiba, sebak, gembira dan mcm2 perasaan. Sahrul pergi malam jumaat di kelilingi semua insan tersayang.

Rasa syukur sangat Allah memilih diri ini dan thirdforce lagi sekali utk menguruskan kes yang sangat perlu di bantu seperti ini. Terima kasih kepada semua yg tak putus2 mendoakan serta bersama saya dalam usaha kemanusiaan ini.

Sedari pagi tadi lagi Sahrul nak saya berada di sisi. Saya pulang sekejap tgh hari utk urusan pejabat. Sewaktu doktor nak buat prosedur tadipun Sahrul sebut nama saya. Dia mula tak sedarkan diri sejurus prosedur bermula dan jantungnya mula lemah.

Sahrul hanya menunggu saya tiba utk menghembuskan nafasnya. Saya tiba di sisinya jam 6.30 petang dan sempat membisikkan kalimah syahadah di telinganya sebelum nafasnya mula jadi perlahan.

Tepat jam 6.55 Sahrul pergi meninggalkan kita dengan tangannya memegang tangan saya. Sahrul meninggalkan seorang isteri dan 4 anak yg masih bersekolah. Isterinya Haida tak bekerja dan pastinya sangat memerlukan bantuan dan sokongan kita lepas ni.

Ya Allah ..

Aku panjatkan rasa syukur atas peluang yang kau berikan ini dan kepadamu aku memohon satukanlah hati kami keluarga besar thirdforce dalam menyebarkan gelombang kasih sayang ini sejauh mungkin.

Ampunilah kami
Berilah kami petunjuk
Redhailah perjuangan kami ini

Al-fatihah untuk Sahrul bin Muhammad sahabatku … Sahabat kita semua dunia akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *