home Religion, Uncategorized UJIAN UNTUK KITA SEMUA

UJIAN UNTUK KITA SEMUA

Ketika berlakunya sesuatu kejadian yang berbentuk musibah yang melanda terhadap saudara seagama kita ataupun sesebuah kaum, Kita akan sering menganggap bahawa itu semua ujian Allah SWT untuk mereka sahaja. Tidak tuan-tuan, sebenarnya ujian tersebut Allah tujukan jua kepada kita semua.

Baru-baru ini kita mendapat satu berita dimana berlakunya satu kebakaran sebuah Institusi Pondok Pengajian Agama di Pasir Puteh, Kelantan. Kejadian berlaku padam 9.45 malam selepas para pelajar selesai kelas kuliah malam. Punca kebakaran tidak dapat di pastikan dan Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang di laporkan. Menurut maklumat sebanyak 10 buah pondok asrama pelajar yang musnah terbakar dan mangsa pelajar yang terlibat seramai 10 orang. Musibah telah menjadi ujian bagi para pelajar, mudir pondok,ujian bagi pihak kerajaan, bagi orang-orang kaya serta orang miskin, ujian bagi orang baik mahupun orang jahat, ujian buat seluruh rakyat Malaysia dan kepada kita semuanyaa..

kerana apa tuan-tuan???

Kerana Allah hendak melihat tindakan dan tanggungjawab kita masing-masing apabila saudara kita di timpa musibah. Allah hendak menguji orang-orang kaya yang banyak harta sama ada ia terkesan atau tidak dengan musibah tersebut untuk menghulurkan bantuan. Allah menguji orang miskin agar sentiasa bersabar serta sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, allah menguji orang baik agar terus menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan, ujian juga bagi orang jahat agar insaf dan berubah, pendek kata tuan-tuan setiap musibah yang melanda menjadi satu ujian buat kita semuanya dan akan ada banyak hikmah-hikmanya tersendiri yang Allah akan kurniakan. Ianya bergantung kepada penilaian masing-masing.

Banyak hikmah yang akan di perolehi selepas berlakunya sesuatu musibah contoh kebakaran pondok seperti di atas, antaranya ialah orang ramai akan sama-sama turun membantu tidak kira yang duduk jauh atau yang berdekatan, mungkin ada orang kaya berpeluang mengginfakkan hartanya untuk mendapat saham akhirat yang selama ini harta terkumpul sahaja tapi Si kaya tidak tahu di mana hendak di kongsikannya. Mungkin juga ada orang yang selama ini tidak pernah solat melihat satu musibah yang lalu membuatkannya dia kembali kepada Allah untuk menjalankan perintah solat. Dan sebenarnya banyak lagi hikmah-hikmah dalam setiap satu musibah atau bala yang melanda.

Allah tidak menurunkan sesuatu musibah melainkan ada hikmahnya tersendiri. Tidak kira orang baik atau orang jahat Allah akan timpahkan tanpa mengira sesiapa, ianya kafarah bagi diri kita kerana mungkin terlalu banyaknya dosa yang kita lakukan, kita membiarkan sahaja kemaksiatan terus berleluasa tanpa mencegahnya. Amalan amal ma’ruf nahi mungkar semakin tipis di kalangan kita dalam kehidupan seharian. Seorang pemimpin yang di amanahkan tidak melaksanakan tanggungjawab yang di berikan dengan sempurna, kepimpinan yang bercanggah dengan ajaran islam dan macam-macam lagilah sehinggah Allah SWT menurunkan bala kepada kita semua. Nauzubillahi minzalik…

justeru itu tuan tuan marilah sama-sama kita bermuhasabah diri untuk sama-sama menilai semula atas ujian yang Allah berikan. Kita nilailah dengan penuh berhikmah, nilailah secara berilmiah dengan fikiran yang positif tanpa mendahului nafsu. Semoga ianya dapat memberi satu pengertian bagi kita untuk terus redha dan bersangka baik serta pada masa yang sama kita usaha tingkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Ingat tuan-tuan…di sebalik ujian yang melanda kita sebenarnya ada ganjaran pahala yang Allah berikan pada kita. Cuma kita sendiri sahaja yang tidak nampak..hehehe.

JOM TEPUK DADA TANYA IMAN…

In Sha Allah artikel ini hanyalah satu perkongsian sahaja dari hamba yang faqir lagi haqir. Sebarang kekurangan dan kesalahan isi atau penulisan di dalam artikel ini mohon minta ampun dan maaf. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang dari nafsu dan kelemahan diri ini sendiri.

WALLAHUALAM….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *