home Third Force DR SHAIFUL NIZAM KEMALANGAN

DR SHAIFUL NIZAM KEMALANGAN

19 April (Arau Perlis) – Satu insiden kemalangan jalanraya telah berlaku di jalan kangar-kuala perlis pada petang tadi. Kenderaan yang dipandu Mangsa, Dr Shaiful Nizam telah terbabas ke pembahagi jalan sebelum merempuh pokok. Beliau merupakan pensyarah kanan di pusat pengajian kejuruteraan mikroelektronik, universiti malaysia perlis.

Beliau telah dikejarkan ke hospital tuanku fauziah dan beliau kini berada dalam keadaan kritikal (intubated).

Keadaan kereta milik Mangsa yang Kemalangan

Justeru, saya ingin memohon jasa baik keluarga besar 3rd force utk mendoakan kesihatan beliau. Beliau merupakan salah seorang individu yang sering menghulurkan sumbangan bagi memastikan kelancaran program program 3rdForce perlis.

Dikalangan rakan sekerja, beliau disifatkan sebagai rakan yang sangat baik dan menyenangkan hati semua.

Sama sama kita doakan agar keadaan beliau kembali stabil dan dikurniakan kekuatan buat ahli keluarga beliau.

Nor Roshidah
Thirdforce Perlis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *