home Third Force BANTUAN BULANAN PERKALAS

BANTUAN BULANAN PERKALAS

20/4/2017- Lokasi : Taman Semarak dan Batu 15 Tawau Sabah

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK LELUHUR NUSANTARA NEGERI SABAH (PERKALAS)

Alhamdulillah bantuan barangan dapur bulanan untuk dua keluarga asnaf berjaya kita laksanakan.

Keluarga asnaf di Taman Semarak ini suami (strok) isteri mengambil upah basuh kain dan punya 7 orang anak…Anak yang sulung tingkatan 1 di SMK Kuhara…Berita gembira dari keluarga ini dua orang anak mereka yang dulu tak sekolah kerana masalah kewangan hari ini berkat bantuan masyarakat Sekitar telah dapat menyambung sekolah semula..

Untuk pakcik dan makcik di batu 15 pula Alhamdulillah pakcik yang patah kaki semakin pulih cuma masih ada kesan patah tulang kaki yang menyebabkan pakcik ini menggunakan tongkat untuk bergerak…Pakcik tak mampu lagi untuk bercucuk tanam…Penghasilan keluarga ini hanya diperolehi dari makcik yang hanya menjual buah-buahan dan sayur-sayuran di tepi jalan batu 15…

Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan sukarelawan PERKALAS yang sentiasa menyokong program sebegini. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan yang saudara-saudara lakukan.

Jom jadi orang baik-baik !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

Cikgu Kahar
Thidforcr Tawau
Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *