home Third Force LAWAT MANGSA KEBAKARAN

LAWAT MANGSA KEBAKARAN

Tarikh: 24 APRIL 2017

Alhamdulillah,

Mengambil peluang cuti sempena hari Pertabalan Ke Bawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong,
Sukarelawan 3rd force telah mengadakan satu lawatan kemanusiaan mangsa kebakaran di kg berek 12 kota bharu kel. bagi menyampaikan sedikit sumbangan dari tuan/puan.

Sumbangan berupa barang keperluan seharian dan sedikit wang tunai untuk diguna sementara oleh mangsa.

Kami tiba di lokasi pada jam 5 petang dan menemui beberapa orang ketua keluarga mangsa kebakaran tersebut.

Kebakaran yang melibatkan 8 buah rumah dan 7 keluarga ini benar menguji keimanan kita bersama untuk membantu, apa lagi mangsa yang sedang menanggung kesedihan kerana kehilangan harta benda dalam sekelip mata.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami menyambung tangan tuan/puan untuk sampaikan kepada mangsa kebakaran ini.

Tidak lupa kami sampaikan salam dan terima kasih dari kesemua mangsa kepada tuan/puan khasnya YM Raja Shamri @ Abg Raja yang menaungi misi kemanusiaan ini.

” jom jadi orang baik2″

Terima kasih Allah
Terima kasih the3rdforce
Terima kasih penyumbang.

“We are the 3rd force”
together we are stronger

Auntie Nik Noraini
Sukarelawan Thirdforce
Kota Bharu
Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *