home Latest News AURA D’RAJA

AURA D’RAJA

Wakaf Bharu (27 April) – Alhamdulillah, petang ni selesai mengangkut barang2 pejabat lama Dshamz ke pejabat baru di jalan baru, Wakaf Bharu.

D’shamz adalah pengeluar produk penjagaan kulit dan kesihatan seperti pembersih wajah, krim malam, krim siang, serum serta minuman produk kesihatan di bawah nama “aura d’raja”.

Jus aura d’raja ada lah ilham dari YM Dr Raja Shamri @ abg raja pengasas The 3rd Force dan merupakan gabungan fomulasi herba dari asnaf yang mahir dalam bidang herba tradisional yang pernah dibantu oleh the 3rd force.

Thirdforce cubabangunkan asnaf-asnaf yang rupa-rupanya ada di antaranya merupakan pengamal perubatan herba yang menjadi tonggak banyak syarikat produk kesihatan yang tersohor sebelum ni.

Tetapi lantaran dek kemiskinan dan taraf pendidikan asnaf-asnaf ini mereka akhirnya di campak ketepi setelah rahsia herba mereka di serahkan kepada pemilik syarikat produk kesihatan dan kecantikan ini.

Kini di bawah program pembangunan perniagaan asnaf dan micro credit, thirdforce berusaha membangunkan asnaf-asnaf ini melalui syarikat yang mempunyai daya saing yang mampu mengetengahkan produk yang sangat tinggi nilai kualiti serta memberi impak sangat berkesan kepada pengguna.

Antaranya juga terdapat “White coffee collagen + vitamin C aura d’raja dan Susu kambing cokelat hazelnut aura d’raja.

Terima kasih tak terhingga kepada Hariri, Julah, Adi, Din kerana datang membantu memunggah barangan petang ni bersama lori 3rd force.

Terima kasih ya Allah permudahkan urusan ini.

Terima kasih Abe Raja
Terima kasih The 3rd Force.

Saya Izani Abd Kadir
Thirdforce Wakaf Bharu
27/4/2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *