home Third Force GARAM DIJADIKAN LAUK

GARAM DIJADIKAN LAUK

29/4/2017
Lokasi : Kampung Pampang, Batu 10, Sandakan, Sabah.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK LELUHUR NUSANTARA NEGERI SABAH (PERKALAS)

Alhamdulillah dengan izin Allah sekali lagi PERKALAS diberi peluang untuk menjejak asnaf dan berkongsi barangan dapur untuk saudara-saudara kita yang hidup dalam penderitaan.

Keluarga asnaf yang pertama
warganegara Malaysia ibu tunggal suami meninggal 6 tahun lalu, anak ada 7 dan 3 orang sekolah, anak -anak ke sekolah jalan kaki. Keluarga ini tak pernah mendapat bantuan dari mana-mana pihak berwajib….Keluarga ini ada meminta bantuan dari ketua kampung tetapi sampai sekarang belum ada sebarang bantuan yang dihulurkan.

Keluarga asnaf yang ke dua pula suami nelayan. Pendapatan hasil tangkapan ikan di bawah RM 300 sebulan itupun tidak tetap maklum nelayan guna perahu kecil. Mempunyai anak lima orang yang masih kecil. SERING MAKAN NASI BERLAUK GARAM KERANA TANGKAPAN IKAN TIADA…Jika hujan 90% air hujan masuk ke rumah. 7 anak beranak ni akan berkumpul di tilam yang dalam gambar tu saja untuk berlindung.

Terima kasih kepada cikgu haris, cikgu Maisara, ustaz saiful & cikgu zaki dan rakan-rakan guru dari SMK Galpam…

Jom jadi orang baik-baik !!!!

KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA

Cikgu Kahar
Thirdforce Tawau
Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *