home Columns NEGARA INI MILIK KITA BERSAMA

NEGARA INI MILIK KITA BERSAMA

Saya ada cikgu cina masa sekolah rendah dulu … Teacher Poh Swee Khuan dan teacher Ooi Lay See … saya sangat sayang dan hormat cikgu saya … sekarang mereka dah pencen … sudah lebih 35 tahun pengalaman itu berlalu … saya tetap sayang cikgu saya. Kini anak2 teacher Poh pula saya jadikan kawan dan saya anggap macam adik2 saya. Kami selalu berhubung sebagai abang dan adik.

Masa di sekolah menengah MRSM PC cikgu addmath saya Mr Lee Tong Hai … garang sangat tapi kerana jasanya dan mulut lasernya saya faham apa itu dy/dx. Saya faham apa itu titik maximum minum, f(x) g(x) sesuatu yang sangat penting dlm decision making. Sudah 20 tahun lebih kisah itu berlalu dan saya masih sayang dan sangat hormat cikgu saya Mr. Lee.

Masa di MRSM roomate saya Nelvin Chin dan Erwin Geofry … dua-dua dari Sabah… sorang Katholik sorang lagi protestan. Bila masuk waktu solat dan azan berkumandang dan ada yang masih tidur … Erwin atau Nelvin akan kejut kami untuk solat. TQ brothers!

Sewaktu persediaan ke luar negara Cikgu accounting saya Mr Hariramulu seorang berbangsa India. Di luar negara jangan cakaplah semua pensyarah saya bukan Melayu … bukan Islam.

Bila kerja bank kawan baik saya nama Vasantha Kumar. Selalu nak ikut saya pegi solat jumaat. Dengar khutbah jumaat sama-sama dekat masjid belakang Campell Complex. Masa solat jumaat Vasantha pergi belakang. Lepas solat jumaat kami pergi makan nasi kandaq sama-sama. Pernah laa jugak ada girlfriend cina … Mika Lee Loh Lin … cinta terhalang antara dua darjat … hehehe …

Saya ada kawan baik dari kecik nama Chandra Bharathi. Anak Mr Muthu cikgu bahasa inggeris SMK Kamil Pasir Puteh. Mr Muthu pernah jadi cikgu abah masa masa abah belajar kat situ sekitar tahun 60an. Chandra kawan baik saya yang cakap kelantan pekat walaupun dia india. Chandra dapat masuk SM Sains Fariz Petra dan dapat straight A SPM tapi tak dapat offer ke mana2. At last University Singapore offer scholarship kat Chandra. Chandra berhijrah ke Singapore dan kini jadi Jurutera yang berjaya di sana …

Kini saya ada ramai kawan2 india dan cina serta pelbagai bangsa yang mana kami tengok wayang sama2, tengok bola sama2 … masa saya pergi masjid mereka tolong jaga ipad dan macbook saya … masa mereka pergi church dan temple saya pulak jaga barang2 mereka.

Saya tubuhkan thirdforce untuk bantu semua bangsa. Sehingga kini lebi 50 orang miskin dari bangsa India dan 30 dari bangsa cina yang telah kita bantu. Di sabah dan sarawak beratus sudah dibantu dari pelbagai bangsa …

Saya ada ramai peserta program saya berbangsa india, cina, iban, dayak, dusun dan macam2 bangsa lagi. Saya sayang pelajar2 dan peserta program saya … saya anggap mereka macam adik2 saya … Kami menangis dan ketawa bersama dalam seminar saya. Saya tanamkan perasaan saling hortmat menghormati dan saling bantu membantu sesama kita.

SAYA TIDAK AKAN SESEKALI MAINKAN API PERKAUMAN KERANA ITU ADALAH JAHAT! NEGARA INI MILIK KITA BERSAMA. HARGAILAH!

Bukankah perkauman itu ciri jahiliah?

Menanglah pertandingan kerana kebaikan yang kita ada
Bukan mencanang keburukan orang
Bukan jadi dalang laga melagakan
Cukuplah sejarah jadi tauladan
Hiduplah harmoni berkasih sayang
Kerana semua bangsa ciptaan Tuhan
Hanya hidayah yang membezakan

Bukankah hidayah itu bukan kau yang anugerahkan??!!

Selamat malam semua…
Jommm jadi orang baik-baik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *