home Columns SAYA JUGA SEORANG OKU

SAYA JUGA SEORANG OKU

Petang tadi sempat memenuhi jemputan dari sahabat saya Saudara Kufri dari persatuan OKU utk sedikit jamuan bersama OKU dari kawasan sekitar serta menyantuni asnaf yang sangat perlukan bantuan kita semua.

Saya juga seorang OKU
Saya lahir tanpa sebelah kaki
Jari-jari tangan kanan saya melekat
Saya OKU berdaftar dengan JKM

Saya bekerja
dan tidak meminta minta
Arwah abah pesan jangan meminta minta
Usaha sendiri dan doa
Allah maha mendengar

Saya belajar sehingga ke puncak
Dalam pelbagai bidang … Dan saya masih lagi belajar sekarang ni … Saya takkan berhenti belajar selagi terdaya tak kisahlah berapa ijazah yang saya ada .. arwah abang pesan jangan berhenti belajar selagi termampu … Kelilingi diri dengan orang berilmu ..

Saya memiliki syarikat perunding sendiri sejak 18 tahun yang lepas … Saya seorang usahawan OKU … Saya terlibat dalam bidang latihan, pembinaan, penerbitan dan pengiklanan.

Saya menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat …Kakitangan saya semuanya orang normal bukan OKU.

Saya belajar memandu dan memandu sendiri tanpa susahkan orang …

Bertahun tahun saya berceramah ke seluruh Malaysia membina jiwa rakyat Malaysia agar jadi kental, jangan meminta minta, rajin bekerja dan dekat dengan Allah … Alumni program ceramah saya telah melebihi 1 juta orang.

Saya ketuai gerakan kemanusiaan di panggil thirdforce membantu orang miskin dengan efisien tanpa banyak protokol dan birokrasi. Saya satukan hati rakyat malaysia agar jadi orang baik2 rebut saham akhirat tolak tepi assobiyah agama dan perkauman sempit.

Saya juga menulis buku …

Saya keluar negara sebarkan gelombang mengajak orang ramai jadi orang baik-baik sehingga kini gerakan kemanusiaan thirdforce bertapak di 6 buah negara.

Bersama thirdforce kita bantu beribu orang miskin, kita bina beratus buah rumah, kita bela beratus anak yatim, kita bantu bina jeti anak2 nak naik bot ke sekolah di pedalaman, kita usahakan keperluan sekolah anak2 yg tidak bernasib baik, kita jadikan kenyataan apa yang mustahil …

Tapi saya dikatakan itu dan ini
Di fitnah itu dan ini
Dihalang di situ dan disini

Saya tak terima apa-apa pingat
Saya tak ada slot dalam tv
Saya tak ada kolum dalam akhbar atau apa-apa majalah
Saya bukan tokoh OKU
Saya bukan tokoh usahawan
Saya bukan tokoh maal hijrah
Saya bukan tokoh masyarakat
Saya bukan penerima anugerah tinggi negara
Saya tak popularpun

Pleasee … Saya hanya orang biasa saja.
Rumah masih dikelilingi kebun getah …

Saya hanya rakyat Malaysia orang kampung biasa yang ingin melihat negara saya ini terbina bersama anak-anak muda yang hebat yang tinggi nilai prihatin kepada orang miskin.

Anak muda Rahmatan Lil ‘alamin.

Kerana dari kemiskinan itulah saya bermula.

InsyaAllahhh

Jommm jadi orang baik-baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *