home Education ADIK SHAHIRAH DAPAT TAWARAN KE UITM

ADIK SHAHIRAH DAPAT TAWARAN KE UITM

Salah satu asnaf yang thirdforce bantu adalah seorang ibu tunggal dengan 7 anak. Salah seorang anaknya bernama Shahirah pelajar cemerlang di SMK Gaal Pasir Puteh dan pernah menghadiri  program ceramah Abangraja sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  tahun lepas. Dari ceramah tersebutlah Shahirah berjuang dan akhirnya memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM

mesej adik Shahirah yang di hantar kepada pengasas the THIRDFORCE, Raja Shamri Raja Husin

Alhamdulillah keputusannya yang  cemerlang telah membawa beliau untuk di tawarkan menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak dalam bidang Senibina Perancangan dan Ukur selama dua tahun.

surat tawaran kemasukan ke uitm

Thirdforce akan ikhtiarkan kos yuran dan membantu Shahira sambung belajar. Salah seorang adik Shahira berumur 16 tahun telah berhenti sekolah disebabkan kemiskinan. Seorang kakaknya juga memilih untuk belajar di sekolah pondok juga lantaran kemiskinan dan tak mahu bebankan si ibu yang hanya menjual kuih dan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jommm kita bantu anak yatim ini nak tak?

Sahabat thirdforce di uitm perak nanti sama2 bantu ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *