home Medical ADIK NAZIF DAPAT KAKI PALSU

ADIK NAZIF DAPAT KAKI PALSU

Hari ni kita mendapat perkhabaran dari Jitra adik Nazif dah dapat kaki palsu. Menurut kata abang Bakri ayah adik Nazif ianya sumbangan dari Yayasan Sultanah Bahiyah dan Badan Kebajikan Sosial.

Tahnian dan terima kasih sahabat -sahabat di Yayasan Sultanah Bahiyah dan Kebajikan Sosial.

Adik nazif adalah asnaf dari Jitra yang mengidap sakit jantung. Beliau menghadapi komplikasi selepas pembedahan jantung di IJN tahun lepas menyebabkan kedua belah kakinya dan beberapa jarinya terpaksa di potong.

Thirdforce membantu adik nazif mengharungi saat2-saat kritikal tersebut, berada di sisi sewaktu kakinya dipotong, menguruskan pengkebumian kaki yang di potong tersebut dan akhirnya membina sebuah rumah yang selesa untuk beliau dan keluarga di kampungnya setelah kunjungan kita mendapati beliau tinggal bersama keluarga dalam sebuah rumah yang uzur tanpa tandas yang sempurna.

Semuanya itu jadi kenyataan kerana tuan-tuan lah yang pakat-pakat bantu sikit seorang. Kitalah keluarga besar thirdforce. Keluarga orang baik-baik insyaAllah …

Untuk adik Nazif, nanti pakcik Raja ajar cara jalan ya …

Jommm jadi orang baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *