home Education THIRDFORCE HANTAR ADIK SHAHIRAH KE PERAK

THIRDFORCE HANTAR ADIK SHAHIRAH KE PERAK

20 Mei 2017, Suasana pilu pagi ni di perkarangan pondok usang kak Ma bilamana sukarelawan thirdforce tiba untuk membawa kak Ma dan anaknya Shahirah ke UiTM Sri Iskandar Perak bagi mendaftarkan diri untuk menyambung pengajian di UiTM tersebut esok.

ini antara mesej yang Shahirah nyatakan

Kak Ma yang sedari awalmemilih untuk tidak menghantar shahirah sambung belajar ke mana-mana IPTA walaupun cemerlang dalam SPM tahun lepas lantaran dek kemiskinan keluarga berbesar hati menerima bantuan kita semua keluarga besar thirdforce untuk membantu beliau.

Sukarelawan thirdforce Safuan dan Fariq di tugaskan oleh abangraja untuk membantu menghantar dan mendaftarkan anak yatim ini di UiTM Sri Iskandar esok. Mereka baru saja bertolak dari pasir puteh kelantan ke perak sebentar tadi bersama van anak prihatin thirdforce sumbangan kalian semua dengan iringan doa dari kita semua juga.

Malam tadi abangraja sempat bertanya shahirah berapa duit yang dia ada dalam banknya. Shahirah bagi tahu dia hanya ada RM19 saja. Rupa-rupanya mereka sekeluarga memang sepenuhnya bergantung kepada kita keluarga besar thirdforce untuk shahirah sambung belajar.

Hati rasa sangat sebak sebab di zaman yang serba canggih dan negara dah hampir 60 tahun merdeka … Masih ada kes yang sebegini.

Inilah perjuangan kita keluarga besar thirdforce. Semoga Allah satukan hati2 kita selama2nya dalam usaha kemanusiaan ini.

InsyaAllah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *