home Third Force BANTUAN PEK RAMADHAN UNTUK ANAK-ANAK PRIHATIN

BANTUAN PEK RAMADHAN UNTUK ANAK-ANAK PRIHATIN

20 Mei Pasir Pekan-Hari ini berlangsungnya program bantuan pek ramadhan untuk anak-anak prihatin sekitar Pasir Pekan di bawah program bantuan 3rd Force setiap tahun yang di kendalikan oleh Kak Yong (3rd Force Tumpat)

Alhamdulillah seramai 35 orang anak-anak prihatin yang menerima bantuan di mana rata-ratanya ibubapa mereka yang hidup kurang berkemampuan.

Justeru itu menjelang ramadhan yang bakal tiba nanti 3rd Force terpanggil untuk bersama-sama membuat persiapan awal untuk menyampaikan terus amanah tuan-tuan semuanya. Sumbangan berupa beras dan sedikit keperluan dapur mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka pada ramadhan tahun ini.

Program yang bermula dari jam 2 petang dan berakhir sekitar jam 4 petang. Terukir senyuman di raut wajah anak-anak prihatin kita tanda gembira. Ibubapa yang mengiringi turut serta merasai kegembiraan.

Mungkin ramai lagi saudara saudari kita di luar sana yang kurang berkemampuan sangat-sangat memerlukan bantuan dari kita semuanya lebih-lebih lagi di dalam bulan ramadhan dan syawal yang bakal tiba.

Jom bersama-sama kami (3rd Force) di dalam program bantuan pek ramadhan dan syawal untuk fakir miskin dan masjid-masjid di seluruh Malaysia. Kita hulurkanlah sedikit sebanyak dengan apa yang kita ada mengikut kemampuan kapasiti masing-masing.

Kita sama-sama membantu dengan cepat tanpa adanya protokol dan biroksasi..itulah THIRDFORCE(kita semua).

Jom rebut saham akhirat masing-masing.
Hubungi 017 -8678767 untuk sebarang pertanyaan

Saya Ramadan
Pegawai Sumber Manusia
Thirdforce

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *