home Education IREC BINA KERJASAMA BERSAMA UTHM

IREC BINA KERJASAMA BERSAMA UTHM

–> Program U2Desa. sahut hasrat KKLW
——————

Serting ulu, Jempol – Pusat Pendidikan Ibnu Razak (iREC) yang sinonim dengan penganjuran siri program Tahsin Ibadah, Projek tahfiz cilik al Quran dan Program Pendidikan Pembangunan Modal Insan yang dianjurkan sepanjang tahun sedikit sebanyak telah memberi impak positif kepada generasi awal remaja dan masyarakat setempat.

Bukan sekadar itu, iREC terus mengorak langkah seiring menyahut hasrat dan harapan Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah(KKLW) melalui projek khas U2 Desa yang diumumkan bagi menjana Siswa Menjadi Usahawan Luar Bandar.

Seiring dengan hasrat ini. iREC  dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) baru-baru ini telah berjaya melangsungkan satu program *Menyemai Kasih Menjalin Budi* yang mana, program ini antara tujuannya adalah membuktikan sikap prihatin mahasiswa untuk bersama memberi khidmat dan budi kepada masyarakat desa, menyantuni dan menghulurkan sumbangan, Menjana Peluang keusahawanan serta memprosikan UTHM kepada masyarakat Desa dan Pelajar Sekolah sekitar.

…..” kami selaku mahasiswa Universiti amat teruja dan berbangga kerana diberi peluang menjalankan program kemasyakatan sebegini. Semestinya, ini adalah pengalaman yang cukup berharga buat kami. Kami percaya, ilmu mengendalikan program bersama masyarakat, menyantuni murid-murid asrama tahfiz ibnu Razak disini tiada boleh dapat hanya melalui dalam kuliah, kita mesti turun bersama menyelami hati masyarakat dan menyantuni mereka sekadar yang mampu….”->. Pengarah program Mohamad shaufiq fitrie bin mohd zu. Pelajar Fakulti Teknologi Maklumat.

Pelbagai aktiviti telah dilangsungkan sepanjang 3 hari seperti Rewang & sembelihan Aqiqah, Fun Learning (teknik mudah kuasai Sifir) bersama Penuntut ilmu asrama Tahfiz Ibnu Razak, Ceramah Nisfu Syaaban, Riadah ukhwah di Bhulu Camp, Ceramah kerjaya inspirasi ke Universiti dan Motivasi diri.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Cancelor HEPA UTHM iaitu Prof Madya. Dr Asri bin Selamat. Turut hadir bersama mengiringi Pengarah Pusat Kemajuan&Hubungan Alumni(CARE) Prof Madya. Dr Adnan bin Zainorabidin, Penasihat iREC al Fadhil Ustaz. Dr Abdullah Abdol Razak dan Pengerusi JKKK Kampung Serting Ulu

…” Saya selaku Alumni UTHM dan mewakili iREC amat teruja dengan penganjuran program pada kali ini. Sesuai dengan moto, visi dan misi penubuhan iREC di kawasan desa ini, sedikit sebanyak telah membuka peluang dan ruang kepada kepada masyarakat setempat dan institusi pendidikan lain mengambil manfaat berterusan.

Harapan kami, para siswa mahupun siswi, teruskan usaha menabur bakti dan budi. hubungkan silaturrahim.kerana, usaha kebaktian sebegini amatlah dipandang mulia disisi Agama..iREC sedia memberi kerjasama kepada institusi pendidikan lain untuk kita membina sinergi dan inspirasi dalam pelbagai konteks seperti Pendidikan&kerjaya , keusahawanan dan kerja amal Sukarelawan…
secara tidak langsung, kita telah mengajak masyarakat bersama melangsungkan aktiviti yang sihat dan baik”-> Zulkharnain Mustapha
Pegawai Operasi iREC.

Muhibbin. Rabbaniyin. Muslihin.

#iREC

* IREC adalah antara institusi pondok tahfiz yang dikendalikan dan mendapat sokongan penuh thirdforce Jempol Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *