Asslamualaikum,
PROGRAM : ” MASIH ADA SINAR❤”
************************************
📆Tarikh : 21 May 2017, Ahad
⏰ 8.30am – 1.30pm
🕌Tempat : Dewan Masjid Jamek
Sikamat.
Jemputan : Ustaz Mohammad Rozi Bin Mohd Rejab
Kehadiran Asnaf : 37 Keluarga

Program ini dilhamkan bagi membantu golongan Asnaf untuk terus bangkit dan mencari peluang bagi memperbaiki taraf ekonomi. Sukarelawan akan turut sama berkongsi pengalaman dan berkenalan dengan lebih rapat dengan mereka serta memberi maklumat kepada Asnaf peluang-peluang yang boleh di ambil untuk terus memperbaiki kewangan. Insyaallah.
Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (QS. 12:87)
Aktiviti 📃
*********************************
8.00am : Kehadiran Asnaf dan Sukarelawan 3rd Force N9
8.30am : Sarapan Pagi
9.00am : Motivasi “Masih Ada Sinar”
10.00am : Slot suaikenal bersama Asnaf oleh Cik Fariza ( Kak Jaja )
11:00am : Ucapan Pengerusi TFNS Cikgu Haizul Mohd
12:00pm : Makan Tengah Hari
12.30pm : Penyampaian Sumbangan KIT RAMADHAN ( Kurma dan Barangan Dapur )
1:00pm: Sesi bergambar 📷
1.30pm : Bersurai

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Alhamdulillah dengan izin Allah swt, program berjalan dengan lancar dari awal sehingga ke penghujungnya.
Di harapkan pengisian ceramah oleh Ustaz Rozi sedikit sebanyak dapat mencetuskan anjakan pemikiran dan memberi motivasi agar keluarga Asnaf tersebut dapat memajukan diri bagi mengelakkan anak-anak terus mewarisi hidup dalam kedaifan dan sentiasa berada dalam golongan Asnaf.
Tidak lupa juga kepada para dermawan dan tenaga kerja Sukarelawan TFNS serta barisan AJK Program yang diketuai oleh Cikgu Haizul yang menjayakan program pada hari ini.
Semoga Allah memberkati usaha kita bersama dan terus istiqamah membantu mereka yang memerlukan, insyaallah.
Kita tidak hebat, tetapi Allah yang menjadikan kita hebat.
We Are The 3rd Force Team N9
Together We Are Stronger