home Third Force INFAK KURMA KEPADA THIRDFORCE

INFAK KURMA KEPADA THIRDFORCE

Pasir Puteh- Seawal pukul 7 pagi tadi sukarelawan kita telah mula bertugas memunggah kurma yang diinfakkan oleh orang ramai untuk agihan pek ramadan seperti yang kita rancangkan.

Agihan pek ramadan ini akan berlaku di seluruh negara terutama di kawasan yang terdapat wakil thirdforce. Sebab itulah penting dan perlunya kita lancarkan thirdforce di kawasan masing-masing agar ramai asnaf yang dapat kita santuni. Di Kedah, Penang dan Melaka kita belum ada lagi wakil Thirdforce. Di Sarawak pun sama …

Pengasas THE THIRDFORCE, Raja Shamri Raja Husin turun bersama-sama sukarelawan untuk mengangkat kurma yang diinfakkan oleh orang ramai untuk diagihkan kepada asnaf yang THIRDFORCE selia

Sukarelawan kita berharap dapat masuk ke  pedalaman terutama yang memerlukan pengangkutan bot seawal minggu pertama ramadan terutama pada hari cuti seperti jumaat sabtu di pantai timur dan sabtu ahad di pantai barat.

Sasaran utama adalah asnaf yang berada di dalam senarai kita yang memang kita telah kenal pasti dan seliakan mereka sebelum ini… Kita tak mampu untuk agihkan kepada semua orang miskin dalam negara … sekadar usahakan setakat yang termampu membawa mesej kasih sayang dan pesan memesan ke arah mengajak semua orang jadi orang baik-baik.

Lagipun kita bukannya dapat geran ke or ada peruntukan macam ahli parlimen dan ADUN. Kadang2 orang salah faham mereka ingat kita ni mcm kerajaan yang ada peruntukan utk fakir miskin dsbg. Ada yang berebut bantuan. Ada yang tak patut dapat pun datang mintak jugak dengan memberitahu dia layak dapat walhal semua bantuan thirdforce ni adalah sumbangan orang awam bukannya macam yang YB duk bagi tu.

Ada juga yang datang mintak carlbox, mintak zink, mintak buat spek, mintak bayar hutang Ah Long, mintak benda2 yang tak patut mintak dengan kita … kita senyum dan bagi nasihat sahajalah. Senyum dan nasihat juga adalah sedekah …

insyaAllah …

kurma ini akan diagihkan kepada asnaf-asnaf sebagai persediaan untuk menyambut bulan Ramadan

Semoga kita di jauhkan Allah dari sifat meminta-minta, sifat malas bekerja, sifat dengki mendengki (kenapa kau dapat aku tak dapat), sifat ambik hak orang, tamak dsbg.

Kisah para sahabat menceritakan dengan jelas akhlak para sahabat bagaimana para sahabat dulu dalam keadaan kritikalpun masih fikir untuk berkhidmat dengan mendahulukan orang lain daripada diri sendiri.

Semoga usaha thirdforce dan keluarga besar thirdforce di seluruh dunia membawa gelombang mengajak orang ramai jadi orang baik2 ini di redhai Allah …

Kita ni gerakan sukarelawan sahaja. Semuanya sukarela sekadar mengumpul bekalan akhirat masing-masing.

Kepada keluarga besar thirdforce, terima kasih dan tahniah kerana turut bersama saya dan beribu sukarelawan thirdforce di seluruh dunia …

Jommm jadi orang baik-baik.

Kepada yang mahu sertai program Pek Ramadan ini bolehlah whatsapp ke 017-8678767 atau PM ke inbox FB page ni ya.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *