home Third Force BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK PRIHATIN THIRDFORCE

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK PRIHATIN THIRDFORCE

Ramadhan akan menemui kita tidak lama lagi. Ada insan yang gembira ada insan yang berduka. Di sebalik nama Ramadhan itu terselit sejuta cerita tersendiri.

Bagi insan yang berkemampuan, terbayang lauk pauk yang enak lagi menyelerakan sebagai juadah berbuka puasa. Namun tidak bagi insan yang kekurangan. Mungkin sebiji kurma itu dikongsi beramai-ramai.

Oleh itu, kami mengajak bersama menyumbang sedikit sumbangan berupa juadah berbuka puasa dengan kadar RM10 satu keluarga.

Program ini diadakan pada setiap tahun dan diagihkan secara bergilir-gilir kepada anak-anak yatim,yatim piatu,anak perihatin serta asnaf-asnaf yang dikenalpasti layak menerima sumbangan ini.

Dengan harapan semoga mereka merasa apa yang kita rasa. Selamat berpuasa dan menyumbang, rebutlah saham akhirat di bulan yang mulia ini.

Hubungi saya Kak Yong untuk sama-sama kita gembirakan anak-anak ini yang rata-rata hidup serba dhaif. Thirdforce menyelia hampir 200 orang anak-anak prihatin setakat ini.

Wallahualam.

Kak Yong
Hp: 0179239831
Ketua Sektor kebajikan dan anak prihatin
Thirdforce Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.