home Columns JOM PERBANYAKKAN AMAL IBADAT

JOM PERBANYAKKAN AMAL IBADAT

Salam pagi jumaat penuh barakah. Esok insyaAllah bermulanya ramadan. Malam ni kita ramai-ramai bertarawikh dan nanti bersahur. Pastinya ramai yang keluar shopping untuk menyambut Ramadan ni …

Dalam kita sama-sama excited nak sambut ramadan ni jangan kita lupa kepada ramai juga sahabat-sahabat kita yang tak bernasib baik hidup dalam keadaan dhaif, terlantar dsbg. Hulur-hulurkanlah sekadar yang termampu. Allah tak tanya berapa yang kita berikan tetapi keikhlasan kita adalah kunci kepada segala amal kita.

Jommm sama-sama kita perbanyakkan amal ibadat kita. Ramadan tahun ini mana tahu ramadan terakhir kita … Abangraja ni dah mula rasa sebak disebalik rasa excited nak menyambut ramadan. Sebak sebab nanti ramadan pasti akan berlalu jugak selepas sebulan. Sebak memikirkan seandainya ini ramadan terakhir dan sebak jika tak dapat memanfaatkan sepenuhnya ramadan kali ini.

Bermula umrah 2013 dan doa depan pancur emas di depan kaabah … keseorangan then zikir munajat dan doa sepanjang ramadan 2013 … doa di lailatul qadar ramadan 2014 dan zikir munajat serta doa sepanjang banjir besar 2014 … doa masa umrah 2015 dan seterusnya doa arafah haji 2016 … semuanya seperti termasuk dalam satu perancangan besar Allah kepada saya dan kita semua. Seperti ada keajaiban yang datang bersamanya hikmah, ujian dan amanah yang maha besar maha hebat dari Allah …

Kita terus melangkah dengan penuh yakin bahawa wamakaru wamakarullah …

Bulan ramadan nanti thirdforce akan bergerak (sudah bergerakpun) ke seluruh pelusuk tanah air menyampaikan agihan pek ramadan yang tuan2 sumbangkan … ada yg perlu naik bot, meredah hutan belantara, parking kereta nsik motosikal dsbg. Semuanya membawa satu mesej yang sama iaitu jomm jadi orang baik-baik.

Saya mengharapkan para sukarelawan semua jaga diri masing-masing dan sentiasa bersabar dlm usaha2 kemanusiaan ini. Kepada semua keluarga besar thirdforce jommm satukan hati-hati kita … kita jadi orang baik-baik.

teruskan menyumbang untuk pek ramadan thirdforce dan hubungi 017-8678767 untuk maklumat lanjut.

Salam persahabatan dari saya,

Raja Shamri bin Raja Husin
Thirdforce Malaysia
26 Mei 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *