home Third Force BAJU MELAYU UNTUK ANAK YATIM

BAJU MELAYU UNTUK ANAK YATIM

Ahad, 28 Mei 2017- Alhamdulillah, hari ini sukarelawan Thirdforce telah mengagihkan pakaian baju melayu kepada Kak Yong, wakil Thirdforce Tumpat hasil sumbangan Puan Liza dan keluarga.
Seterusnya, sumbangan ini akan diberikan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf, anak-anak yatim dan lain-lain.

Sumbangan ini akan amat bermakna bagi mereka yang memerlukan serta juga dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat supaya hidup sentiasa tolong menolong antara satu sama lain, bertegur sapa dan menjadikan tolong menolong itu sebagai budaya yang sentiasa diamalkan.

Terima kasih kepada Puan Liza dan keluarga beliau kerana telah dipilih oleh Allah SWT untuk turut bersama keluarga besar 3rd force dalam menyebarkan gelombang kasih sayang.

Semoga segala usaha kita ini mendapat keredhaan Allah dan manjadi asbab kita di sana nanti.

Insya Allah….

Jomm sertai kami dan beribu lagi keluarga besar The 3rd Force.

Laporan dari
Fariq
Sukarelawan 3rd Force

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *