home Third Force AGIHAN PEK RAMADAN SEMAKIN RANCAK

AGIHAN PEK RAMADAN SEMAKIN RANCAK

28 Mei 2017, Ahad – Hari ni, sukarelawan 3rdFPs berjaya membuat Agihan Pek Ramadhan Asnaf 2017 3rdFPs ke 2 buah rumah Asnaf di luar kawasan dari Perlis, Pn Fatimah di KEDA, Jitra dan Pn Kholijah, Jerlung. 😊

Alhamdulillah. Gelombang kasih sayang buat asnaf Pn Kholijah  (adik Aiman) juga dikongsi bersama sukarelawan dari team Skuad Senyum dan BabyBox. Semoga kerjasama ini berkekalan dan membawa kebaikan buat semua. Amiiin…

Terima kasih penyumbang, Terima kasih PPKSE UniMAP,
dan Terima kasih Abe Raja Shamri.

“Korang lagi advance.. siap standby baju raya sedondon seirama untuk Aiman sekeluarga 😀” – TF Nor 3rdForce Ps

“Terima kaseh Shida, & team 3rdForce sudi sama-sama hulur kasih sayang kepada  keluarga asnaf ni” – Afiq Skuad Senyum BabyBox.

Pautan kes asal Pn Fatimah KEDA, Jitra

NAMA : Fatimah Binti Ariffin
ALAMAT: No 28, Desa Keda Malau, Jalan Bukit Wang, 06000 Jitra, Kedah

BANTUAN BULANAN: Tiada

ANAK :
-16 orang anak (berusia di antara 27 tahun sehingga 4 tahun).
-2 orang telah berkahwin, 2 orang sedang melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi, 2 orang telah tamat spm, 9 orang masih bersekolah dan 1 org yg belum bersekolah.

FAKTA KES
Pn Fatimah Binti Ariffin mendiami kediaman ini bersama suami serta anak-anak sejak 13 tahun yg lalu,Setelah suami beliau disahkan menghidap barah sendi, beliau mengambil keputusan utk berhenti kerja sebagai pembantu kantin di salah sebuah politeknik di jitra bagi membolehkan beliau menguruskan suaminya serta urusan persekolahan anak-anak. setiap hari beliau akan menghantar dan mengambil anak2 dengan motosikal. pun begitu, dengan kudrat yang ada beliau masih melakukan kerja kerja sampingan seperti mengurut org yg sakit dan berpantang, membantu pemborong di pasar tani, mengasuh anak kecil dan membantu katering demi memastikan kelangsungan hidup. Sikap beliau yg sentiasa positif dan sering membantu org lain menyebabkan beliau disenangi ramai. menariknya, beliau akan meletakkan satu bekas ais setiap hari di laman rumah sebagai sedekah utk diambil oleh anak anak jiran tetangga. malah kadang kala beliau turut menyediakan makanan utk anak anak tetangga beliau

Suami beliau yang mahir dlm aktiviti pertukangan turut menggunakan kelebihan yg ada utk melebarkan kawasan rumah utk keselesaan anak anak mereka. simen dan bata yg diperoleh adalah hasil sumbangan org perseorangan. walaubagaimanapun aktiviti pertukangan ini bergantung kp tahap kesihatan semasa suaminya. anak anak beliau yg telah tamat spm turut menggunakan kemahiran yg ada dalam membaiki motosikal dan kereta utk membantu keluarga ini. pn fatimah pernah memohon bantuan persekolahan anak-anak serta bantuan utk tambahan bilik namun masih belum mendapat sbrg maklum balas malah kebanyakan ditolak.

Atas dasar kesungguhan beliau dalam membesarkan anak anak, kami mencadangkannagar keluarga ini diberi bantuan keperluan asas serta bahan bahan binaan rumah spt batu bata, simen dan pasir.

PELAN TINDAKAN
1. bantuan bahan binaan simen, bata dan pasir(urusan pertukangan rumah boleh dilaksanakan oleh suami serta anak anak pn fatimah)
2. bantuan keperluan asas seperti beras, gula, tepung etc
3. bantuan peralatan membuat bumbung rumah ( atap tiris dan sering tercabut bila angin kuat)

KES DIKENDALI: TF Nor – 0124534014

Together we are Stronger
The 3rd Force, Perlis

Pautan kes asal Pn Kholijah, Jerlun
https://m.facebook.com/story.php…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.