home Third Force ANAK YATIM DIBANTU

ANAK YATIM DIBANTU

pihak 3rd force telah membawa anak yatim ini untuk membeli baju raya

31 Mei 2017, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, begitu la perumpamaan yang tepat bagi mengambarkan kisah tiga orang anak yatim iaitu Naim,Hakim dan Nazri yang tinggal d Kampung Bechah Palas,Bunut Susu, Pasir Mas. Ayah mereka sudah meninggal beberapa tahun lepas.

Manakala ibu mereka telah menghilangkan diri semasa anak-anak ini masih kecil lagi. Tempat tinggal mereka bertiga ini telah di baik pulih oleh 3rd force Dr Raja Shamri.

Naim anak yang sulung masih belajar di pondok moden Kandis di Bachok.Manakala Hakim dan Nazri belajar di pondok moden Sungai Durian di Kuala Krai.

Sudah dua tahun berturut-turut Hakim dan Nazri menjadi imam teraweh di madrasah Kuala Krai.
Pakaian raya mereka bertiga ini juga telah di sumbangkan oleh beberapa penyumbang.

Perkongsian dari kak lah
Thirdforce Pasir Mas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *