home Columns MESEJ KHAS UNTUK SUKARELAWAN

MESEJ KHAS UNTUK SUKARELAWAN

MESEJ PENTING UNTUK SEMUA SUKARELAWAN THIRDFORCE YANG SEDANG AGIHKAN PEK RAMADAN DI SELURUH NEGARA

Live sekarang kerja2 memunggah pek ramadan utk di agihkan ke segenap pelusuk negeri terutama ke pedalaman. Kita mensasarkan dapat pergi jauh ke pedalaman utk menyantuni asnaf yg sangat2 perlu.

Di Kelantan saja ada 15 zon untuk kita agihkan dan kita tak mampu nak bagi pek ramadan ni utk semua asnaf seperti yang tersenarai dalam senarai JKM atau majlis agama. Kerajaan yang ada duit bnyk / Corporate NGO yang ada geran berjuta2 pun tak bagi pek ramadan utk semua asnaf.

Kita bagi terutama kepada asnaf yang di bawah seliaan thirdforce sahaja dan asnaf yang benar2 memerlukan. Sebab yang ni kita kenal mereka . Kita tahu susah payah mereka. Sebab itulah pentingnya tuan2 lancarkan thirdforce di kawasan masing2. Dengan adanya wakil thirdforce di satu2 kawasan maka kerja2 bantuan jadi lancar dan kita dapat salurkan bantuan dan berkongsi kes yang genuine dengan cepat.

Beruntunglah mereka yang dibukakan pintu hati untuk lancarkan thirdforce di kawasan / perumahan / IPT dan negeri masing-masing.

Pek ramadan inipun kita tak mampu nak sediakan dlm kuantiti yang banyak maka kita tak mampu nak agihkan banyak di satu2 ksawasan. Cukuplah sekadar mana yang penyumbang iaitu keluarga besar thirdforce di luar sana sumbangkan. Kita kena kongsi sikit2 sorang jelah.

Lagipun bukan kuantiti yang Allah tengok.
Kuantiti yang bnyk boleh jadi fitnah juga pada hati.

Nanti kita rasa syok dan seronok dapat agihkan bnyk pek ramadan di kawasn kita / di negeri kita dsbg. Sehinggakan kita terlupa itu adalah fitnah syaitan utk buatkan hati kita terlupa bahawasanya kita hanya menyempurnakan amanah orang ramai dan amanah Allah.

Takde yang best / hebatpun dapat bagi bnyk pek ramadan pada asnaf.

Bila asnaf ucap terima kasih dan puji kita sebab bagi pek ramadan pada mereka cepat bisikkan di hati astaghfirullal hal azimmm … jauhkanlah aku dari rasa riak. Sesungguhnya aku adalah penyampai saja. Semua ini dari Allah.

Jangan taksub dan berebut nak dapatkan bnyk pek ramadan untuk di agihkan nanti Allah boleh uji kita dengan mcm2 perkara sampai tak teragih pek ramadan tu apa kita nak jawab dengan Allah tentang amanah yang tak mampu kita tunaikan.

Banyak ke sedikit ke itu adalah bukan isunya.

Ada bnyk kita segerakan pengagihan
Ada sedikit kita utamakan yg paling perlu.

Sentiasa ingat .. kita bukan nak selesaikan masalah kemiskinan asnaf.
Kita hanya nak sampaikan pesan Allah dan rasulnya melalui sticker / kata2 yang kita print dan tampal / letak dlm pek ramadan tu iaitu utk ajak orang mendekati Allah … ajak orang jadi orang baik-baik.

Agar kita ada jawapan bila di tanya Allah di padang mahsyar nanti tentang sudahkah kita menyeru manusia kepada ajarannya …

Sentiasa elakkan bagi kepada saudara mara terdekat terlebih dahulu pek ramadan ni melainkan mereka benar2 dhaif … kita bimang timbul fitnah … nantikan ada yang kata wahhh thirdforce bagi kat anak beranak dan adik beradik mereka sahaja pek ramadan !!…

sentiasa hati2 dengan fitnah ini …

At the end of the day, keikhlasan kita akan jadikan kita rasa kelazatan dlm kerja2 amal ni. Jika kita tak rasa lazat, asyik stress, bergaduh, dengki, cemburu,penat, letih, iri hati dsbg maka auditlah diri cepat2.

Bilal r.a sebelum mati beliau menangis. Bila di tanya oleh isterinya kenapa kau menangis. Beliau jawab beliau menangis gembira kerana bakal bertemu Rasullullah. Bila di tanya saat manakah yang paling manis dlm hidupmu Bilal? Bilal menjawab saat dia di seksa di tengah panas di padang pasir.

Ikhlaskan niat …
Kelazatan ini milik kita.
Saya sedang merasainya
Sukarelawan juga sedang merasainya …
Jommmm sama2 rasaikannya …

Tahniah adik2 sukarelawan yang nampak keletihan setelah non stop bnyk hari.

Semoga Allah redha dgn kerja buat kita ni insyaAllah.

Kepada keluarga besar thirdforce yang ingin mendapatan info tentang pek ramadan bolehlah hubungi 017-8678767

Raja Shamri Raja Husin
Founder of The 3rd Force

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *