home Columns PENJELASAN KENAPA SAYA TAK TURUT SAMA VIRALKAN KES KEMISKINAN YANG DI LAPORKAN MEDIA MASSA

PENJELASAN KENAPA SAYA TAK TURUT SAMA VIRALKAN KES KEMISKINAN YANG DI LAPORKAN MEDIA MASSA

PENJELASAN KENAPA SAYA TAK TURUT SAMA VIRALKAN KES KEMISKINAN YANG DI LAPORKAN MEDIA MASSA

Salam semua.

Setiap hari ada saja kes-kes kemiskinan yang di kongsikan di dada-dada akhbar dan majalah termasuk di kaca TV dsbg. Saya seringkali di hujani permintaan daripada orang ramai agar turut berkongsi kes2 tersebut di facebook page saya ini dengan link kepada kes-kes tersebut di sertakan sekali.

Seringkali juga saya di tekan dan di katakan sombong, dikatakan tak berhati perut kerana tidak kongsikan kes-kes yang di jumpai atau di baca oleh orang awam (yang mana merekapun tak pergi dan tengok sendiri kes tu hanya baca di surat khabar / majalah) seolah mereka melihat saya sebagai seseorang yang berkemampuan untuk menyebarkan berita tersebut kepada pembaca yang ramai.

Saya rasa untuk sebarang cerita tentang kemiskinan atau masalah kedhaifan masyarakat dsbg kita kena selidik dulu sebelum share sebab ada bnyk risiko seperti ketua kampung / orang politik boleh melenting / sedara mara ataupun jiran2 boleh melenting ..

Kes di Kedah sehari dua baru ni adalah contoh jelas. Sayapun dapat bnyk mesej dari orang ramai mintak saya kongsikan kisah tersebut di FB saya. Nasib baik saya tak share di fb saya. Pertama kita tak ada wakil thirdforce di Kedah. Kedua kita tak pasti sejauh mana kebenaran kes tu. Tengok2 semalam di Berita Harian kekuarga tersebut dilaporkan malu dan terkesan dengan viral di internet dan menafikan mereka hidup dhaif merempat seperti yang diviralkan.

Ini yang saya sangat kesal dan cukup berhati-hati.

Apa yang lebih teruk, sebarang post yang kita share di fb ni kalau tak kena cara boleh jadi sampai saman menyaman / ugut mengugut / kereta sukarelawan kena pecah dsbg.

Jadi kita tak boleh just share apa saja yg keluar di media cetak just like that.

JKM juga sangat tak suka dengan kita bila kita post kes2 tertentu yang di kongsi terutama bila kes2 tersebut telah lama dibantu oleh JKM dan asnaf terbabit lebih di kenali perangainya oleh pihak JKM. Banyak berlaku asnaf menafikan pernah di bantu oleh JKM / masih menerima bantuan dsbg semata2 untuk meraih simpati masyarakat.

So ada bnyk perkara yg kita kena consider.

Bila kita lihat media massa juga melaporkan hampir setiap hari di mana2 saja ada orang susah yg sangat perlukan bantuan maka kita mengambil pendekatan bila dah keluar media tu maka kita serahkanllah kepada masyarakat utk bertindak.

Sebab itulah perlunya ada wakil thirdforce di setiap kawasan / pelusuk negara agar kita dapat selidiki kes2 tersebut tentang keaslian kes, merangka plan bantuan yang sewajarnya, melakukan follow up dsbg. Bantuan melulu kepada asnaf hanya akan menyebabkan berlaku banyak pembaziran dan biasanya tidak menyelesaikan masalah.

Asnaf yang uzur warga emas yang tak boleh berjalan contohnya perlukan rawatan, ada orang bawak ke hospital, perlukan makanan tambahan, perlukan pengurusan diri, perlukan AGAMA DAN UKHUWAH. Nenek ni bukan nak duit tapi nak kita sama2 datang ziarah dan fikir plan bantuan terbaik utknya.

Jika tak ada wakil thirdforce di kawasan tersebut dan jika saya viralkan kes itu maka siapa nak uruskan amanah orang awam yang di salurkan kepada saya untuk nenek ni?

Itulah antara sebabnya mengapa kita tak simply share apa yang tuan2 laporkan …

Jom lancarkan Thirdforce di kawasan masing-masing.
Kita sebarkan sejauh mungkin gelombang mengajak orang ramai jadi orang baik-baik ini.

Hubungi 013-9617103 (Safuan) untuk maklumat bagaimana untuk lancarkan thirdforce di kawasan tuan2. Kita dah berada di 6 buah negara tapi kita belum ada wakil rasmi thirdforce di Penang, Kedah, Melaka dan Sarawak.

Rugi kan saudara2 kita di sana?

Layari www.the-3rdforce.org atau subscribe ke email semua program kemanusiaan kita di www.hero-daily.com

Wallahu’llam …

Salam pagi jumaat semua.
Dah seminggu berpuasa.

BESTTTT !!!

Jommm jadi orang baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.