home Latest News 7 PELAJAR TAHFIZ MAUT KEMALANGAN

7 PELAJAR TAHFIZ MAUT KEMALANGAN

2 Jun 2017, Kita baru sahaja menerima berita sedih kemalangan maut yang mengorbankan 5 pelajar tahfiz al-hashimi kg tualang kuala krai. 9 lagi parah . Kemalangan di kg telekong sewaktu mereka dalam perjalanan ke Daurah Tafsir Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu.

Al-Fatihah untuk kesemua adik-adik yang syahid di pagi jumaat ini. Salam takziah untuk semua ahli keluarga mangsa dan kakanda saya Dato’ Adnan Hashim pemilik pusat tahfiz ini.

Anak-anak tahfiz ini sangat rapat dengan saya dulu sewaktu kita sama-sama memunggah pek ramadan kali pertama kita lancarkan dulu.

Doakan agar yang parah tu selamat ya.

Al-fatihah.

Kuala Krai, Keceriaan 12 pelajar tahfiz untuk menghadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan, Kota Bharu, bertukar ngeri apabila enam daripada mereka maut selepas van dinaiki terbabas di Kampung Telekong di sini, pagi tadi.

Dalam nahas jam 9.30 pagi itu, lima pelajar termasuk seorang berasal dari Thailand, maut di lokasi, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK).

Lima pelajar yang meninggal dunia di lokasi ialah Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali, 17; Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, dan Sarifuddin Muhammad, 14, (Thailand) manakala Ahmad Farhan Zulkifli, 14, dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17, meninggal dunia di HKK.

Kemalangan itu juga menyebabkan enam lagi pelajar tahfiz dan dua guru pengiring parah. Mereka kini dirawat di HKK dan Hospital Machang.

sumber: berita Harian Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.