home Third Force AGIHAN PEK RAMADAN KEPADA WAKIL THIRDFORCE RANTAU PANJANG

AGIHAN PEK RAMADAN KEPADA WAKIL THIRDFORCE RANTAU PANJANG

Agihan Pek Ramadan kepada wakil Thirdforce Rantau Panjang, Kak Mah.

Awal pagi lagi, sukarelawan Thirdforce bergerak ke Rantau Panjang untuk menghantar pek Ramadan. Wakil Thirdforce Rantau Panjang iaitu Kak Mah dan keluarga merupakan salah seorang wakil sukarelawan Thirdforce yang aktif dalam menyantuni asnaf-asnaf di kawasan Rantau Panjang. Kesibukan dalam menguruskan kedai jahitnya tidak menghalang beliau untuk terus membantu golongan yang memerlukan.

Pek Ramadan ini akan diedarkan terus kepada asnaf-asnaf hari ini oleh mereka di sekitar kawasan Rantau Panjang. Kebanyakan penerima pek ramadan ini terdiri daripada golongan miskin, anak yatim, dan warga emas.

Terima kasih kepada wakil Thirdforce kawasan dan penyumbang kerana bersama-sama dengan keluarga besar Thirdforce dalam menyebarkan gelombang jom jadi orang baik-baik.

Insya Allah….

Jomm sertai kami dan beribu lagi keluarga besar The 3rd Force.

Laporan dari Iwang
Sukarelawan 3rd Force

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *