home Third Force BANTUAN KEPADA IBU ANGGOTA APM

BANTUAN KEPADA IBU ANGGOTA APM

Thirdforce bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Krai sejak sekian lama dalam bersama-sama menggembeling tenaga, kepakaran dan aset yang ada dalam membantu sesiapa yang memerlukan.

Baru-baru ini salah seorang anggota APM Kuala Krai saudara Shukri kita dapati datang dari keluarga yang sangat memerlukan bantuan. Shukri anggota part time APM Krai menjaga ibu yang uzur di rumah yang sangat uzur.

Thirdforce telah melancarkan bantuan untuk membina sebuah rumah baru untuk mereka sekeluarga sebagai menyanjung tinggi ketabahan dan pengorbanan anggota APM ini menjaga ibunya.

Hari ni bersama Tuan Hanif dan anggota APM Krai yang lain, kita serahkan bantuan tilam dan katil yang selesa untuk ibunya yang sebelum ini hanya tidur di atas tilam yang nipis di rumah baru mereka yang telah siap spenuhnya sebelum Ramadan dulu.

Kita mengucapkan terima kasih kepada semua keluarga besar thirdforce yang terus istiqamah bersama kita membeli saham akhirat masing-masing sedikit seorang sejak dari hari pertama kita lancarkan gerakan kemanusiaan ini.

Makcik Shamsiah bonda kepada saudara shukri yang kita sama-sama bantu belikan tilam hari ni bersama anggota APM Kuala Krai kirim salam untuk semua keluarga besar thirdforce yang telah menyumbang sikit sorang sehingga boleh lah belia tidur di atas katil dan tilam yang sempurna.

Makcik Shamsiah sakit stroke dan kini lumpuh dari paras pinggang ke bawah.

Jommm jadi orang baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *