home Third Force “MAK JOM KITA AMBIL GAMBAR”

“MAK JOM KITA AMBIL GAMBAR”

SABTU, 10 JUN 2017 – “Mak jom kita ambik gambar”, itulah kata-kata terakhir Hafiz Aimullah, salah seorang pelajar tahfiz Al-Hashimi yang terkorban dalam kemalangan baru-baru ini. Tetapi ditakdirkan semua hp yg ada masa tu kehabisan bateri … dan gambar tak dapat di ambil.

Hari ini abangraja ditemani oleh 11 orang sukarelawan thirdforce berkesempatan untuk menziarahi Ibu dan Ayah kepada Aimullah. Ibu Aimullah sempat berkongsi sedikit sebanyak peribadi Aimullah kepada kami.

“Aimullah seorang anak yang tak banyak kerenah”, kata ibu kepada Aimullah. Menurut ibunya, seminggu sebelum kemalangan tersebut berlaku, Aimullah sempat berqiamullail bersama keluarga. “Beliau adalah seorang anak yang sangat baik sejak kecil, tak banyak cakap dan tak pernah meminta-meminta. Selipar yang beliau pakaipun kadang2 sampai tembuspun masih tak mengadu utk di beli baru.” cerita ibunya.

Tambah ibu Aimullah lagi, ” Seminggu sebelum beliau meninggal, arwah balik bermalam ke rumah. Biasanya kami qiamullail di masjid yang berhampiran dengan rumah, tapi malam tersebut kami tergerak hati untuk melakukanya di rumah dan diimamkan oleh Aimullah sendiri. Itulah Qiamulail terhebat yang makcik dapat rasakan. Semua adik beradik lain juga seolah seperti digerakkan Allah utk bangun Qiamullail bersama arwah. Satu keluarga berqiamullail”, katanya lagi.

Abangraja merangka program lawatan thirdforce ke rumah keluarga mangsa kemalangan maut pelajar tahfiz al-hashimi minggu lepas dalam usaha memberikan kesedaran, mengambil iktibar dan melihat sendiri kehidupan keluarga anak2 tahfiz pilihan Allah ini.

Ternyata lawatan hari ini, memberi peluang kepada kami untuk mengenali keluarga Aimullah dengan lebih dekat. Suasana rumah keluarga Aimullah sunyi dan tenang kerana ianya terletak jauh dari rumah orang lain dan bersebelahan dengan tanah perkuburan. Mereka hidup serba sederhana dengan satu keluarga di tiup roh islam yang kuat.

Kedatangan kami disambut mesra oleh Ayah Aimullah, walaupun ini pertama kali kami berjumpa dengan beliau dan keluarga. Kesedihan terpancar di wajah Ayah Aimullah ketika bercakap tentang Aimullah. Semua sukarelawan tidak tahan menahan sebak. Sesungguhnya ini adalah keluarga pilihan Allah … sebab itulah mereka di anugerahkan anak yang sebegini.

Kami sebak apabila ibu Aimullah memberitahu kami, beliau teringat kepada anaknya ketika terlihat baju yang dipakai oleh Aimullah apabila tamat menghafal 30 juzuk Al-quran.

Semoga kisah hidup Aimullah menjadi pemangkin semangat kepada kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Muhamad Hariri
Sukarelawan 3rd Force

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *