home Third Force PEK RAMADAN KEPADA PAK RAHIM

PEK RAMADAN KEPADA PAK RAHIM

10 Jun , Laloh – Hari ini Abangraja bersama sukarelawan Thirdforce yang lain mengunjungi Pak Rahim di Sungai Sam. Kunjungan tersebut bertujuan bertanya khabar keadaan Pak Rahim dan mengagihkan bantuan pek ramadan.

Kisah Pak Rahim yang tinggal seorang diri jauh di dalam kebun getah pernah menarik perhatian ramai untuk sama-sama membantunya.

Kasih sayang keluarga besar thirdforce telah membawa keajaiban demi keajaiban dalam hidup Pak Rahim. Antaranya, kita dapat mendirikan sebuah rumah baru dan juga menghantar Pak Rahim ke tanah suci untuk kerjakan umrah tahun lepas.

Sepanjang perbualan bersama Pak Rahim, banyak input-input yang kami perolehi. Pak Rahim juga tidak lokek berkongsi pengalamannya.

Sekeliling rumahnya yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga kantan membuatkan kami berseloroh untuk minta sedikit. Pak Rahim tanpa banyak songeh, terus mengajak kami untuk mengambilnya.

Sikapnya sentiasa merendah diri dan tidak berkira membuatkan kami mudah mesra.

Ketika di tanya ada apa-apa bantuan lain yang diperlukan, Pak Rahim tidak meminta apa-apa. Beliau bersyukur dengan apa yang ada. Memang beliau tak pernah meminta-minta. ITulah sikapnya yang kami terasa seperti hendak membantu beliau apa saja yang pada mata kami beliau memerlukannya.

Semoga kehadiran asnaf-asnaf hebat seperti pak rahim menjadikan kita semua semakin bersemangat untuk membantu orang lain dalam usaha kita menjadi orang baik dan mencari saham akhirat masing-masing.

Insya Allah…

Jomm sertai keluarga sukarelawan Tirdforce yang lain dalam usaha sebarkan gelombang jom jadi orang baik-baik.

Saya Affifuddin
Sukarelawan 3rd Force
Pasir Puteh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *