home Third Force DAPUR RAMADHAN DI SANDAKAN

DAPUR RAMADHAN DI SANDAKAN

Tarikh : 11/6/2017
Lokasi : Bandaraya Sandakan

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK LELUHUR NUSANTARA NEGERI SABAH (PERKALAS)

“DAPUR RAMADHAN”

Alhamdulillah Allah masih mengizinkan sukarelawan PERKALAS melaksanakan edaran makan dan minuman kepada homeless di Sandakan untuk persiapan sahur mereka. Semakin ramai yang hatinya terbuka untuk menyahut ajakan JOM JADI ORANG BAIK-BAIK.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua sukarelawan yang terlibat menjayakan program kali ini. Semoga semua pengorbanan tuan-tuan mendapat balasan daripada Allah.

Program kali ini PERKALAS cukup bertuah kerana mendapat kerjasama daripada
Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin (CCSC) di bawah pimpinan Tuan Saliwangan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sandakan (AADK). Semoga kerjasama ini berterusan untuk aktiviti PERKALAS yang akan datang.

Jom jadi orang baik-baik !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

Cikgu Kahar Huseng
Thirdforce Tawau
Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *