home Third Force KUCING MENJADI PENEMAN OPAH

KUCING MENJADI PENEMAN OPAH

Pada 12 Jun 2017 bersamaan hari Isnin, tiga sukarelawan dari Third Force Perak, Miss Cheah, Pn Sarziana dan Pn Sueraya telah menziarahi Opah Zainab binti Awang yang tinggal di Jalan Setia, Kampung Serdang.

Opah yang berumur 82 tahun ini dilahirkan cacat dan menerima bantuan kebajikan sebanyak RM200 sebulan. Beliau hidup bersendirian sekarang sebab ibu-bapa dan adik-beradik sudah meninggal dunia. Opah ini hanya ditemani orang beberapa ekor kucing.

Ada cadangan supaya sukarelawan Third Force membuat lawatan setiap bulan untuk membantu opah menjaga kebersihan rumah dan memandikan dia. Opah Zainab ada juga menyebut bahawa beliau suka kalau ada orang mengunjung sebab beliau berseorangan.

Mungkin ahli Third Force Perak akan membuat kunjungan ke rumah opah bila Syawal menjelma.

Teacher Cheah
Thirdforce Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *