home Third Force PROJEK BAJU PRE-LOVED

PROJEK BAJU PRE-LOVED

Info dari thirdforce perak :-

Baju pre-loved (terpakai) untuk keluarga miskin di Pulau Pangkor telah dibungkus. Ini merupakan Stage 1 Projek Baju Pre-loved Pangkor. Kami akan ada Stage 2 dan berturutnya lepas ini sebab ada lagi ahli yang ingin menyumbang tetapi tidak sempat hantar ke pusat sumber Kolej Vokasional Seri Manjung (KVSM).
Kami akan hantar baju-baju ini ke Pangkor pada esok petang. Bertolak dari Jeti Marina Island jam 2.45 ptg.

Esok … kami akan membuat penyerahan kepada Ustaz Shahril Saari di Pangkor dan akan menghantar ke rumah satu atau dua keluarga yang miskin di sana. Keluarga yang lain akan dijemput ke rumah wakil di sana untuk memilih baju.

Kami ada satu aktiviti lagi pada sebelah malam iaitu Sumbang Sahur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *