home Third Force MAJLIS IFTAR ANAK PRIHATIN THIRDFORCE

MAJLIS IFTAR ANAK PRIHATIN THIRDFORCE

WAKAF BHARU: 16 Jun 2017, seramai 100 orang anak prihatin dibawah seliaan THIRDFORCE hari ini hadir untuk sama-sama berbuka puasa bersama pengasas The THIRDFORCE iaitu Raja Shamri Bin Raja Husin.

100 orang anak prihatin diraikan dalam majlis Iftar bersama pengasas The THIRDFORCE, Raja Shamri Raja Husin di dewan Mak Jah Wakaf Bharu

Majlis berbuka puasa masuk ke tahun kedua ini bertujuan untuk meraikan dan memberi keceriaan kepada anak-anak Prihatin. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak dari keluarga dhaif, mak bapak dalam penjara, mak bapak hilang entah kemana, anak tak saraf taraf dsbg. Ada yang tinggal dengan pak sedara, atuk dan penjaga yang juga sangat dhaif.

Dalam majlis tersebut, semua anak-anak Prihatin ini dibelikan baju raya dan di agihkan pek Syawal serta duit raya untuk mereka membuat persiapan menjelang Aidilfitri nanti. Semuanya adalah dari sumbangan kalian semua keluarga besar thirdforce.

anak prihatin menerima baju raya, pek syawal dan duit raya

Menurut Abangraja ketika ditemui, majlis ini merupakan acara tahunan THIRDFORCE dan akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.

“Dalam ucapan tadi, saya ada berpesan kepada anak-anak Prihatin ini supaya jadi orang baik baik dan jadilah anak yang soleh/solehah supaya bilamana semua orang baik, orang jahat akan malu untuk buat jahat.

Terima kasih kepada semua penyumbang kerana sentiasa bersama abangraja fan thirdforce dlm setiap program bantuan kita untuk membantu memberi keceriaan kepada mereka yg memerlukan termasuk anak-anak Prihatin ini …

semoga bantuan anda semua dapat menjadi asbab untuk kita ke syurga nanti.

Terima kasih juga kepada cikgu Mat, penyelia THIRDFORCE Rantau Panjang, kak Yong ketua sektor kebajikan dan team sukarelawan THIRDFORCE yang bertungkus Lumus menjayakan majlis ini.

#jomjadiorangbaikbaik
#the3rdforce

Laporan oleh Ramadan
Sukarelawan THIRDFORCE
Dewan Mak Jah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *