home Third Force ASNAF ROSMINA

ASNAF ROSMINA

17 June 2017/22 Ramadhan/ 10.30 pagi- Alhamdulillah pagi ni sekali lagi dapat menziarahi keluarga Puan Rosmina di Jalan Masjid kg Kota, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau mempunyai 8 orang anak yang 5 dari nya masih bersekolah.

Suami seorang bekas juruteknik swasta telah diberhentikan kerja kerana mengalami masalah kemurungan sejak 8 tahun yang lalu.

Mereka kini bergantung harap kepada sedikit dari upah menjaga 2 orang bayi (baby sitter) jiran sebanyak RM600 sebulan.

Mereka sedang menumpang rumah pusaka nenek yang jatuh kepada bapa saudara.
Ketara sangat, kelengkapan rumah pun paling minima. Kesemua mereka tidur dilantai beralas kan tikar, -toto dan tilam tilam lama.

Sedih tengok Fridge yang sudah terlalu uzur.
Mesin basuh pula begitu juga, kadang kadang berfungsi dan kerap kali tak bolih nak mengering kan. Kesemuannya adalah barang terpakai sumbangan jiran2.

Anak2 yg masih bersekolah ialah

1. Khairun shazlin – ting 5
2. Khairun isqim – ting 2
3. Khairul Danish – Drj 6
4. Muhamad umar – Drj 3
5. Nur Safia – Drj 1

Setakat ini beliau masih belum mendapat apa2 bantuan dari mana2 agensi kebajikan.

Bila bertanya mengenai baju raya, si anak menjawab dah lama tidak merasai memakai baju baru di hari raya.

Hari ini kami sempat menyampaikan sedikit zakat kepada Puan Rosmina.

Puan Rosmina sangat memerlukan sedikit bantuan berbentuk kewangan untuk menyediakn keperluan makanan dan persekolahan anak2.

Jelas tergambar di wajah anak2, mereka adalah murid yang berpotensi dan punyai disiplin yang baik.

Jom kita sama2 membantu.

Ziarah selesai pada jam 11.20 pagi.

Laporan:
Aunty Nik
3rd Force Kubang Kerian, Kota Bharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.