home Third Force SUMBANGAN BAJU RAYA

SUMBANGAN BAJU RAYA

Sabtu, 17 Jun 2017 – Hari ini sukarelawan Thirdforce membawa adik-adik pelajar Institut Al-imam Al-Tarmizi, Kg Wakaf Bunut, Pasir Puteh, membeli baju raya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Pelajar Pusat Tahfiz Al-Tarmizi  seramai 25 orang, dibawa ke kedai di sekitar Pasir Puteh dan ditemani oleh 4 orang sukarelawan. Adik-adik pelajar yang rata-ratanya dari keluarga yang susah dan ada diantaranya anak yatim.

Abangraja, pengasas the Thirdforce sangat rapat dengan pelajar2 tahfiz ini yamg rara2 adalah dari golongan miskin dan anak yatim … Beliau terpanggil untuk membantu sedikit sebanyak bagi meringankan beban Pusat Tahfiz Al-Tarmizi dan keluarga pelajar.

Melalui sumbangan ini, kita harapkan suasana di hari raya aidilfitri mereka kali ini lebih sempurna. Pelbagai sumbangan berterusan diperlukan dan bukan hanya pada wang ringgit. Bantulah mereka walau dengan apa cara sekalipun.

InsyaAllah program seperti ini akan terus diadakan dari masa ke semasa supaya keluarga, anak-anak ini tidak tercicir dan mendapat perhatian seperti yang lain.

“Jom jadi orang baik-baik”

We are the 3rd Force.

Together we are stronger

Laporan oleh
Muhamad Hariri
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *