home Third Force THIRDFORCE PERAK: AGIH PEK RAMADAN DAN BUBUR LAMBUK

THIRDFORCE PERAK: AGIH PEK RAMADAN DAN BUBUR LAMBUK

kes 1: INFO DARI TEACHER CHEAH THIRDFORCE PERAK:-

Majlis penyerahan bantuan Ramadan untuk Asnaf d kawasan Jelai Bt Kurau Perak. Yang hadir dari TF Perak tuan zul tuan saidi dan hashim bersama Dana Pembela larut

80 peserta menerima bantuan makanan dan wang tunai pd majlis ini. Dalam suasana hujan ygb berlarutan dari awal pagi.peserta dan penyumbang tetap berada d sini demi setiakawan….

kes 2: INFO DARI TEACHER CHEAH THIRDFORCE PERAK : AGIHAN BUBUR LAMBUK UNTUK ANGGOTA KESELAMATAN YANG BERTUGAS

sukarelawan cilik the THIRDFORCE memyampaikan bubur lambuk kepada anggota keselamatan. nilai kesukarelawan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi

Pegawai polis pada mulanya ingat saya ingin nak buat hal kat pondok keselamatan IPD. Saya cakap saya dari Pondok Batu 10 untuk hantar Bubur Lambuk untuk Iftar. Dia marah-marah dan suruh saya ulang saya datang dari mana dan nak pi ke balai untuk apa.

Bila dia nampak budak-budak pondok yang berkopiah dan berjubah baru dia sedar yang saya betul-betul ke sana dengan orang pondok nak bagi bubur.

Masa kami balik dia kata sepatutnya Ustaz Syed yang pi cakap. Nampak saya dia dah konfius. Betol ke Cina yang pakai T-shirt Third Force datang dengan orang pondok hantar Bubur Lambuk? Hehehe

Penyerahan 36 kotak bubur lambuk ke korporal di IPD Manjung petang semalam.

Terima kasih kepada semua abang-abang polis yang bertugas menjaga keselamatan kita semua!

Kes 3: AGIHAN BUBUR LAMBUK UNTUK KAKITANGAN HOSPITAL

anak-anak tahfiz mendoakan kesembuhan kepada opah yang sedang sakit sambil menyumbang bubur lambut kepada opah.

Semalam juga berlakunya program agihan bubur lambuk juadah berbuka untuk kakiangan hospital. Tahniah semua warga pondok manabiul ulum Lekir yang bertungkus lumus masak bubur lambuk dan pergi agihkan kepada pesakit dan kakitangan hospital.

Ada pelajar2 pondok yang mendoakan opah2 yang sedang uzur dan ianya sangat membantu dan memberikan ketenangan untuk pesakit.

Tahniah semua!

Cheah Li Na
Thirdforce Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *