home Medical Update Perkembangan Terkini Fariq

Update Perkembangan Terkini Fariq

4 Julai Kota Bharu – Susulan kes sukarelawan kita saudara Fariq yang terlibat kemalangan di Machang, keluarga besar 3rd Force tidak putus-putus melawat di KPJ Kota Bharu.

Fariq sudah mampu untuk makan dan minum. Cuma boleh mengunyah makanan yang lembut kerana gusi beliau masih bengkak kesan terhempas ketika kemalangan tersebut. Ada sesakali beliau mengerang sakit mungkin kerana kesan ubat bius yang telah hilang sepenuhnya.

Di antara kami yg datang hari ni ada yg mungkin jarang berjumpa, malah mungkin ada tidak pernah bersua muka pun, tapi hubungan erat yang telah telah dibina oleh pengasas thirdforce abangraja di antara ahli keluarga besar 3rd Force ini menjadikan kita semua begitu rapat dan mesra. Terasa seperti adik beradik dan bersaudara.

Keluarga besar thirdforce tidak putus datang menziarahi dan memberi semangat kepada Fariq agar beliau semakin positif dan brsemangat. Kita ada hari ni sukarelawan thirdforce dari R.Panjang, Terengganu, Tumpat, P.Pekan, Wakaf Baru dan ramai lagi yang tidak dapat kami sebutkan. Team abam besor datang jauh dari Terengganu. Terima kasih sangat …

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahukabar.. Kami bersyukur ya Allah di atas ikatan kukuh dan mesra yang telah engkau wujudkan sesama kami di atas nama 3rd Force ini. Hubungan dan ikatan keluarga besar thirdforce telah menyatukan ramai rakyat Malaysia untuk menjadi orang baik-baik.

Abangraja yang di jadualkan hadir di hospital tgh hari ni tidak dapat hadir atas tugas2 yg tak dapat dielakkan. Mungkin beliau kepenatan setelah beberapa hari menguruskan kes ni. Abangraja yang dari awal kemalangan berlaku berada di sisi fariq, uruskan ambulance, temani fariq dari hospital machang ke pakar perdana, uruskan insurans dsbg.

Sehinggalah fariq keluar dari bilik bedah abangraja tetap bersama menemani … Beliau mengajar kami secara tak langsung tentang erti kepimpinan yang sebenar seorang pemimpin dan nilai kasih sayang … Berada bersama setiap masa waktu susah dan senang.

Biarlah abangraja rehat dulu sebab biasanya abangraja akan tak tidur bermunajat bila ada kes-kes besar melibatkan sukarelawan thirdforce. Kaki abangrajapun injured rasanya semalam biasanya sbb bnyk berjalan. Begitulah pengorbanan dan kasih sayang abangraja, pengasas thirdforce yang memimpin gelombang besar usaha kemanusiaan ini utk mengajak orang ramai jadi orang baik-baik.

Semoga segala usaha kita ini akan menjadi asbab apabila kita berhadapan Allah nanti. Semoga Fariq akan lebih bersemangat dengan kehadiran kita semua. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah mendoakan Fariq dan sentiasa menyokong gelombang 3rd Force ini.

Laporan dari Safuan, Hariri & Iwan
Sukarelawan 3rd Force

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *