home Religion Harta Kekal Vs Harta Warisan :Abu Dzar

Harta Kekal Vs Harta Warisan :Abu Dzar

Alhamdulillah pagi ni sempat solat dhuha berjemaah dan mendengar sedikit perkongsian dari kisah para sahabat sebelum bertolak ke Perak. Hari ni sukarelawan TF Iskandar yang imamkan solat Dhuha dan berikan perkongsian tentang seorang sahabat bernama Abu Dzar.

Abu Dzar adalah seorang yang sangat zuhud dan menginfaqkan semua hartanya kepada Allah dan agamanya. Beliau selalu memarahi orang kaya sehingga khalifah mengarahkan beliau untuk tinggal jauh dari orang ramai.

Pada satu hari ada seorang pemuda datang untuk berkhidmat padanya untuk menjaga unta-untanya. Abu Dzar membenarkannya dengan syarat apabila ada orang datang minta sedekah pemuda tersebut perlulah mewakili Abu Dzar dengan memberikan unta yang terbaik dan termahal dan tercantik sebagai sedekah.

Di takdirkan pada satu masa datang orang miskin untuk meminta bantuan. Pemuda tersebut yang pada awanya hendak memberikan unta yang paling baik sebagai sedekah telah merasa serba dan tak tergamak .. lalu beliau memberikan unta yang sedikit sahaja kurang baik kepada si peminta bantuan.

Hal ini mendatangkan kemarahan Abu Dzar bila dia dapat tahu. Pemuda tersebut memohon maaf dan menceritakan yang beliau tak tergamak nak sedekahkan unta yang paling cantik dan paling mahal sebagai sedekah.

Abu Dzar menerangkan bahawa harta yang paling cantik paling baik dan paling bagus yang disedekahkan itulah yang akan menjadi miliknya di akhirat nanti. harta yang di tinggalkan hanya akan jadi warisan orang lain.

Begitulah sifat seorang sahabat yang hebat dan begitu zuhud serta sangat peka dengan kerja-kerja mengumpul saham akhirat. Kita juga boleh jadi seperti Abiu Dzar dengan kerja-kerja kemanusiaan thirdforce. Bantulah pada skala masing-masing. Kita ada banyak progarm bantuan dalam senarai tyang memerlukan ehsan dn kasih sayang tuan semua.

Adik Afza kanser tulang anajk asnaf tanpa ayah yang bertarung untuk hidup. Rumah Tok Ngah Din yang mengidap pelbagai komplikasi jantung, Rumah asnaf di Perlis, Rumah Asnaf di Perak, Kebakaran di Sabah, tambang bot dan yuran sekolah anak-anak prihatin, ulat perubatan untuk pesakit kencing manis asnaf ibu tunggal, dan banyak lagi.

PM ke inbox jika berminat untuk membeli saham akhirat masing-masing. Selebihnya kita serah pada Allah ya …

Tak percaya jangan bagi nanti timbul fitnah sebab kita tak mintakpun … Nak tengok update setiap hari ada update kat facebook page ni dan di portal akhbar kemanusiaan kita www.hero-daily.com

Jommmm jadi orang baik-baik

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *