home Religion Ada Syaitan Pada Setiap Manusia

Ada Syaitan Pada Setiap Manusia

12 Julai 2017 , Alhamdulillah pagi ini sempat menunaikan solat dhuha berjemaah bersama saudara Iskandar sahaja kerana sahabat-sahabat yang lain berada jauh menguruskan program-program abe Raja.

Saudara Ali berada di Kota Bharu untuk menguruskan proses keluar wad saudara Farid yg diberitahu oleh doktor semalam boleh balik rumah hari ini , Alhamdulillah dan terima kasih saya wakilkan pihak Farid kepada saudara-saudari semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhannya dengan izin Allah. Sementara itu saudara Iwan, Din, Ramadhan, Safwan, Hariri pula berada di perak untuk menguruskan program abe Raja di sana.

Setelah selesai solat Dhuha saudara Iskandar sempat berkongsi sedikit tazkhirah. Dalam tazkirah ini diambil dari sebuah riwayat ‘Urwah bin Az-Zubair tentang isteri Rasulullah, Siti Aisyah yang cemburu dengan Rasulullah sehinggakan dia sanggup mengekori Rasulullah keluar rumah.

Riwayat ini menceritakan bahawa setiap manusia itu ada syaitan termasuklah Rasulullah sendiri. Tetapi dengan pertolongan Allah sahaja yang dapat mengalahkan syaitan.

Kesimpulan dari riwayat ini menyuruh kita semua memperbanyakkan amal ibadat kita supaya Allah akan menolong kita mengalahkan syaitan dalam diri kita.

Jommm kita jadi orang baik-baik

WE ARE THE THIRDFORCE
Together We Are Stronger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *