home Medical Bantuan Untuk Adik Afza Dan Makcik Norizan

Bantuan Untuk Adik Afza Dan Makcik Norizan

LAPORAN DARI DR ZURAIRI THIRDFORCE MEDICAL TEAM : BANTUAN UNTUK ADIK AFZA DAN MAKCIK NORIZAN

Adik Afza mendapat komplikasi pressure ulcers akibat daripada pemakaian post-op knee brace. Ada dua luka – di bahagian belakang bahagian bawah paha dan di bahagian tepi kaki berhampiran buku lali.

Keadaan luka agak kurang bersih. Telah dicuci dengan baik diletakkan ubatan serta foam dressing yang berkualiti bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan tekanan pada bahagian luka.

InsyaAllah luka Adik Afza akan sembuh. Ubatan serta dressing yang digunakan pada hari ini tidak perlu ditukar, dan mampu bertahan sehingga temujanji adik Afza yang seterusnya, isnin depan.

Untuk makcik Norizan, berita baik dan buruk. Yang baik, Maggot Debridement Therapy (Terapi Ulat) menunjukkan keberhasilan, luka bertambah baik berbanding pada awal rawatan.

Namun, jari ke-4 makcik norizan kelihatan mula menjadi kebiruan, mungkin akibat jangkitan kuman yang baru di jari tersebut, mungkin perlu dipotong nanti, tapi kita tengok dulu minggu depan macam mana. Doakanlah.

Dr. Zurairi
Thirdforce Medical Team

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *