home Medical Fariq Dah Boleh Balik

Fariq Dah Boleh Balik

Rabu, 12 Julai 2017 – Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan dari semua, sukarelawan THIRDFORCE, Fariq yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini dibenarkan pulang hari ini setelah hampir dua minggu terlantar di Hospital Pakar Perdana (KPJ), Kota Bharu.

Fariq dihantar pulang menggunakan Ambulans KPJ sendiri, setelah dibenarkan pulang pada jam 3 petang. Sukarelawan Thirdforce menghantar katil seperti dalam wad ke rumah Fariq untuk keselesaan beliau. Katil tersebut juga pernah digunakan oleh Tukang Rumah THIRDFORCE, Saudara Wan di Manjor, Kuala Krai.

Untuk memudahkan lagi pergerakan Fariq, sukarelawan Thirdforce, Ali, telah membeli satu kerusi roda. Semoga kerusi tersebut dapat membantu Fariq bergerak di rumah beliau. Sebelum dibenarkan pulang doktor berpesan kepada Fariq supaya jaga permakanan, makan makanan yang berkhasiat untuk membantu proses pemulihan. Selain itu, doktor juga berpesan supaya Fariq tidak terlalu banyak bergerak. Ini untuk mengelakkan pembalut di kaki Fariq daripada terbuka.

Tambahan lagi, doktor yang merawat Fariq juga melarang Fariq daripada cuba bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain. Menurut doktor, Fariq perlu bantuan daripada orang lain untuk bergerak selama 3 bulan pertama ini. InsyaAllah,  Fariq boleh cuba berjalan sendiri apabila tulang kaki beliau yang patah bertambah elok dan kuat.

Untuk rawatan susulan dan memeriksaan akan dilakukan mengikut jadual yang diberikan oleh Doktor yang bertugas.

Semoga semua keluarga besar THIRDFORCE terus memberi semangat dan mendoakan kesihatan Fariq agar bertambah baik dari masa ke semasa.

We Are The THIRDFORCE
Together We Are Stronger

Laporan disediakan oleh
Muhamad Hariri Bin Ab Rahim
Sukarelawan THIRDFORCE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *